Skip to main content

Hiburan

Nak Jadi Puteri Gunung Ledang? Audition Dah Dibuka, Tiara Jacquelina; “Saya Teruja Lihat Siapa Bakal Muncul”

Astro Gempak 404

Sekilas

  • Puan Seri Tiara Jacquelina telah berkongsi teaser kedua untuk Puteri Gunung Ledang The Musical yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.
  • Sesi uji bakat rasmi kini dibuka untuk mencari pelakon yang mampu berlakon, menyanyi, dan bergerak dengan emosi kuat bagi watak utama seperti Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah.
  • Pementasan ini bukan sahaja menghidupkan semula karya ikonik, tetapi juga membuka peluang kepada generasi baharu untuk meneruskan legasi Puteri Gunung Ledang.

Keterujaan terhadap Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) terus memuncak apabila penerbit eksekutif dan pengarahnya, Puan Seri Tiara Jacquelina, berkongsi teaser kedua bagi pementasan baharu yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.

Menurut Tiara, teaser terbaharu ini bukan sekadar lanjutan kepada pengumuman awal, tetapi juga usaha untuk mengingatkan kembali penonton tentang kekuatan dan legasi karya tersebut.

 

 Teaser berkenaan menyorot perjalanan PGL yang bermula sebagai sebuah filem ikonik sebelum berkembang menjadi antara pementasan muzikal paling berpengaruh di Malaysia.

 

Dalam masa sama, pihak produksi turut mengumumkan secara rasmi sesi uji bakat sudah bermula bagi pementasan baharu yang bakal diarahkan sendiri oleh Tiara.

Produksi kali ini mencari barisan pelakon dengan kebolehan menyeluruh termasuk lakonan, nyanyian dan pergerakan, selain memiliki emosi yang kuat serta kecintaan terhadap seni penceritaan.

Antara watak yang bakal dipilih termasuk Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, Sultan, Adipati dan Bayan.

Berkongsi perjalanan peribadinya bersama karya tersebut, Tiara mengakui PGL mempunyai makna yang sangat mendalam dalam hidupnya.

“Bagi saya, ini bukan sekadar sebuah filem atau pementasan muzikal. Ia adalah antara perjalanan kreatif paling mendalam dan bermakna dalam hidup saya.

“Sejak 2004, saya membawa kisah ini, dunia ini, serta begitu banyak kenangan indah bersama saya. Alhamdulillah,” katanya.

Tambahnya lagi, sambutan yang diterima daripada peminat sejak pengumuman dibuat turut memberi kesan emosi yang luar biasa.

“Mungkin sebab itu apabila saya melihat kembali semua kasih sayang dan keterujaan ini, ia benar-benar menyentuh hati saya. Terharu sekali. Seolah-olah sesuatu yang sangat berharga yang selama ini hidup diam-diam dalam hati kita, kini kembali bangkit perlahan-lahan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Tiara menjelaskan pementasan kali ini bukan sekadar mengembalikan karya lama, tetapi membuka ruang kepada generasi baharu untuk menghidupkan semula legenda tersebut.

“Pementasan baharu ini bukan sekadar mengembalikan sesuatu yang sangat disayangi, tetapi juga mengajak generasi baharu untuk melangkah masuk ke dalam dunia Puteri Gunung Ledang dan menjadikannya milik mereka.

“Saya sangat teruja untuk melihat siapa yang akan muncul daripada proses ini, suara dan wajah baharu yang akan membawa kisah ini ke fasa seterusnya.

“Sesi uji bakat kini dibuka secara rasmi, dan saya benar-benar berharap kita akan menemui bakat baharu yang luar biasa sepanjang perjalanan ini,” tambah Tiara.

Menurutnya, peluang untuk terlibat dalam produksi sebesar ini bukan sesuatu yang datang setiap hari.

Untuk rekod, Puteri Gunung Ledang The Musical sebelum ini mencipta fenomena apabila berjaya menarik lebih 100,000 penonton serta meraih pelbagai pengiktirafan, menjadi antara karya seni persembahan paling berpengaruh di Malaysia dan Singapura.

Anda mungkin berminat dengan

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

Must-Watch Video

Advertisement