Skip to main content

Hiburan

Nak Cipta 'Bonding' Dengan Peminat, Ada Yang Sampai Minta Aina Abdul Masak Nasi Briyani - "Memang Luar Daripada..."

Astrogempak AINA (1)

Sekilas

  • Aina Abdul kini lebih aktif buat siaran langsung di media sosial untuk dekatkan diri dengan peminat selepas rasa agak jauh sebelum ini.
  • Dia mula buat live sambil memasak walaupun tak pandai, dan aktiviti itu jadi momen bonding yang menyeronokkan dengan peminat.
  • Peminat mula DM Aina minta menu awal supaya boleh belajar resipi dan beri cadangan masakan yang pelbagai.

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul dirinya kini semakin aktif melakukan siaran langsung di media sosial bagi mendekatkan diri dengan peminat.

Menurut Aina, sebelum ini dia berasa agak ‘jauh’ daripada peminat kerana terlalu berhati-hati dalam setiap perkongsian yang dimuat naik di platform media sosial.

“Sebenarnya memang orang kata saya mula rajin buat live sebab saya rasa macam agak detached daripada engagement macam itu.

“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk saya berubah. Sebelum ini saya terlalu berhati-hati dengan apa yang saya nak kongsikan. Bukan benda itu salah, cuma saya dapat rasa orang macam rasa jauh daripada Aina,” katanya kepada Gempak.

Pelantun lagu Gentayangan itu mula mencuri perhatian ramai apabila tampil membuat siaran langsung sambil memasak meskipun mengakui dirinya bukanlah seorang yang pandai memasak.

Menurut Aina, sesi live memasak itu akhirnya bertukar menjadi satu momen interaksi yang sangat menyeronokkan antara dirinya dan peminat.

“Tiba-tiba satu hari itu saya rasa macam okay, aku nak masak hari ini. Sup ayam merupakan menu pertama saya. Saya cuma nak masak sambil luangkan masa dengan peminat dan saya memang tak pandai masak. Jadi saya randomly tanya mereka apa bahan seterusnya dan sebagainya.

“Benda itu jadi satu bonding yang best sangat dan sekarang saya sendiri rasa macam look forward setiap hari untuk masak depan mereka,” katanya lagi.

Pada masa sama, Aina turut mendedahkan ramai peminat mula menghantar mesej kepadanya untuk bertanyakan menu yang bakal dimasak lebih awal supaya mereka boleh turut sama belajar dan memberi cadangan.

“Sekarang setiap hari orang akan DM saya tanya boleh tak beritahu menu awal-awal sebab mereka nak belajar resipi dan ajar saya masak.

“Ada juga yang cadangkan macam-macam menu seperti nasi beriani, nasi lemak dan makanan yang memang luar daripada teritori saya,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

kipas berdiri Stand Fan Air Circulation fan three-speed air volume adjustment Strong Wind kipas murah

kipas berdiri Stand Fan Air Circulation fan three-speed air volume adjustment Strong Wind kipas murah

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Advertisement