Skip to main content

Hiburan

Nadia Annuar Bidas Netizen Dakwa Bangga Jadi Janda - “Kalau Bersedih Siapa Nak Kerja Bayar Sewa & Makan Pakai?”

Nadia Annuar

Sekilas

  • Nadia Annuar membidas individu yang mendakwa dia berbangga menjadi janda dan menegaskan status janda bukan sesuatu yang perlu dimalukan.
  • Dia menegaskan bahawa dia tidak memilih untuk menjadi janda dan perlu terus kuat menjalani kehidupan walaupun menghadapi cabaran.
  • Netizen menyokong kenyataan Nadia dan menganggap wanita berhak bangkit dan meneruskan hidup selepas perpisahan.

Pengacara dan personaliti TV, Nadia Annuar membidas seorang individu yang mendakwa dirinya seolah-olah berbangga menjadi janda.

Menerusi Threads, Nadia yang memuat naik tangkap layar individu tersebut tampil mempertahankan dirinya.

Ujar Nadia, dia tak pernah meminta untuk berada dalam situasi tersebut malah merasakan status janda bukan sesuatu yang perlu dimalukan.

“Kenapa dik? Malu sangat ke jadi janda? Kau ingat akak mintak ke jadi janda ni?

“Susahkan kau ke dik kalau akak bangga?,” kongsinya.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Harris Annuar ini beranggapan setiap orang perlu terus kuat bagi menjalani kehidupan seharian yang penuh pancaroba.

“Selain bangga apa lagi akak boleh buat? Bersedih sampai mati baru kau puas dik?

“Habis duk bersedih siapa nak kerja bayar sewa makan pakai akak? Benda bukan buat maksiat dengan suami orang ke curang ke apa. Buat apa nak malu?,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Nadia dan berpendapat bahawa wanita berhak untuk bangkit dalam menjalani kehidupan.

Untuk rekod, Nadia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan  usahawan, Hafiz Salleh dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa, 7 tahun.

Walau bagaimanapun, selepas hampir sedekad bersama, perkahwinan mereka berakhir dua tahun lalu.

Sebelum itu, Nadia juga pernah berkahwin dengan Datuk Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas sebelum bercerai pada Oktober 2010. Mereka juga dikurniakan seorang anak, Mohamed Aaron Erwin, 16.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement