Skip to main content

Berita

Muzik Majlis Kahwin Terlalu Kuat, 140 Ekor Ayam Mati Terkejut

Ayam mati terkejut muzik kuat

Sekilas

  • Majlis perkahwinan di Uttar Pradesh, India menyebabkan 140 ekor ayam mati akibat bunyi muzik DJ yang terlalu kuat.
  • Pemilik ladang ternakan berkata bunyi kuat itu mencetuskan panik sehingga ayam-ayam tersebut mati terkejut.
  • Siasatan sedang dijalankan untuk mengesahkan sama ada bunyi bising semasa majlis perkahwinan menjadi punca kematian ayam tersebut.

Siapa sangka di sebalik majlis perkahwinan yang meriah sebenarnya telah menyebabkan 140 ekor ayam mati di sebuah ladang ternakan berhampiran.

Kejadian itu berlaku di perkampungan Dariyapur, Sultanpur di Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Menurut polis, siasatan awal mendapati bunyi muzik yang dimainkan DJ terlalu kuat dipercayai menjadi punca insiden tersebut.

Pemilik ladang ternakan itu, Sabir Ali berkata, bunyi yang memekakkan telinga telah 'mencetuskan panik'.

"Keadaan di ladang ternakan itu agak huru-hara hingga menyebabkan 140 ayam mati terkejut," ujarnya.

Difahamkan, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian dan menentukan sama ada tahap bunyi yang terlalu bising semasa perarakan pengantin menjadi sebab utama.

Insiden itu turut menarik perhatian penduduk setempat dan menimbulkan kebimbangan mengenai muzik yang terlalu kuat semasa majlis perkahwinan dan impaknya bukan hanya kepada penduduk, tetapi juga kepada haiwan sekitar.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement