Skip to main content

Hiburan

Mualim Muda: Sanggup Jual Kereta & Berjauhan Dengan Keluarga, Anas Anggap Kemenangan Paling Bermakna

MM Anas

Juara Mualim Muda, Anas meluahkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai juara sulung program tersebut.


Menurut Anas, kemenangan itu sangat bermakna baginya selepas menjual kereta peribadi demi menyertai program Mualim Muda.

 

“Saya datang ke Mualim Muda ini dengan satu pengorbanan besar, iaitu saya menjual kereta saya. Ketika itu saya diuji dengan sedikit ujian kehidupan. Saya beritahu isteri, ‘Tak mengapa, abang jual kereta dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki dalam Mualim Muda, kita beli kereta baharu,"katanya.

 

Kemenangan itu juga ingin didedikasikan kepada isteri serta ibunya sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan doa mereka sepanjang penyertaannya.

 

“Antara perkara pertama yang saya ingin berikan adalah kepada isteri dan ibu saya. Pengorbanan mereka sangat besar dan saya ingin mendapatkan keberkatan itu terlebih dahulu.

 

“Kemenangan ini sebenarnya datang daripada pengorbanan. Sejak minggu pertama, saya tidak dapat pulang berjumpa anak-anak, isteri dan terutamanya ibu saya. Biasanya, bila ibu saya tak sihat, saya akan balik menjenguknya.

 

"Tetapi disebabkan kekangan program dan jadual yang padat, kami hanya diberi cuti pada hari Ahad sahaja dan saya tidak dapat pulang,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Anas juga menyifatkan kemenangannya dalam program realiti dakwah itu sebagai satu kemenangan bersama semua peserta yang bertanding kerana setiap daripada mereka memiliki kelebihan dan kepakaran tersendiri.

 

Sebenarnya seperti yang saya sebut dalam Sofa Mualim Muda, kesemua 10 peserta Mualim Muda ini semuanya berbakat dan hebat. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

 

“Ada yang pakar dalam hukum syarak, ada yang arif tentang undang-undang mahkamah, ada yang berlatarbelakangkan peguam, dan ada yang sangat kuat dari sudut dalil. Kami saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain,” ujarnya.

 

Sekadar info, hasil kemenangan tersebut Anas berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Bukan itu sahaja, Anas turut membawa pulang hadiah pakej Umrah, kontrak duta Apcel Cafe bernilai RM50,000, Kontrak Pengurusan Rocketfuel Entertainment serta dilantik sebagai duta Astro Oasis.

 

Tempat kedua disandang oleh Amar manakala tempat ketiga menjadi milik Luqman.

 

Sementara itu, Asyraf memenangi tempat keempat.

 

Pemenang tempat kedua hingga keempat membawa pulang wang tunai RM5,000,pakej umrah dan trofi. 

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement