Sekilas
- Mia Ahmad berkongsi pengalaman menjadi ibu kepada anak istimewa, Issa, yang penuh cabaran tetapi sangat bermakna.
- Dia belajar untuk menghargai setiap perkembangan kecil dan kasih sayang tanpa syarat daripada anaknya.
- Mia menganggap Issa cukup sempurna dengan caranya sendiri walaupun dunia melihatnya berbeza.
Sempena bulan Autisme, pelakon Mia Ahmad mengakui memiliki anak istimewa seperti Issa bukan satu jalan yang mudah namun perjalanan yang dilalui sangat bermakna buat dirinya.
Menerusi perkongsian di Threads, Mia memberitahu anaknya itu banyak mengajarnya untuk sentiasa menghargai setiap perkembangan kecil dan kasih sayang tanpa syarat.
“Menjadi ibu kepada Issa… bukan perjalanan yang mudah, tapi sangat bermakna. Ada hari yang penat, ada hari yang penuh persoalan.
“Tapi dalam semua tu, Issa ajar saya untuk slow down, hargai progress kecil, dan sayang tanpa syarat,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Mia juga menganggap anak sulungnya itu sudah cukup sempurna dengan caranya sendiri biarpun dunia melihatnya berbeza.
“Dunia nampak dia berbeza, tapi bagi saya… Issa cukup sempurna dengan cara dia sendiri,” katanya lagi.