Skip to main content

Hiburan

Dah Lama Tak Ada Abang Ipar, Didi Harap Bella Astillah Cepat Naik Pelamin - “Kak Long Pernah Cakap Dia Takut Nak Mencintai Seseorang…”

ASTROGEMPAK Didi

Sekilas

  • Didi Astillah gembira melihat kakaknya, Bella Astillah, kini lebih bahagia dan sudah membuka hati selepas melalui fasa sukar dalam kehidupan.
  • Didi berkongsi bahawa Bella pernah takut untuk mencintai terlalu dalam, tetapi kini dia lebih ikhlas dan sihat dari segi emosi.
  • Didi berharap Bella akan segera melangkah ke jinjang pelamin bersama Syed Saddiq, yang rapat dengan anak-anak Bella, Ara dan Ayden.

Adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengakui dia gembira melihat kakaknya kini semakin bahagia selepas melalui pelbagai fasa dalam kehidupan.

 

Menurut Didi, dia tidak menyangka Bella kini kembali membuka hati selepas kakaknya pernah meluahkan rasa takut untuk mencintai seseorang terlalu mendalam.

 

“Saya gembira melihat Kak Long… tak sangka sebab dia pernah cakap dia takut nak mencintai seseorang terlalu dalam sebab nanti dia punya sakit pun akan dalam juga. 

 

“Tapi siapalah kita kan? Ini kan takdir kan? Takdir untuk Kak Long dan Alhamdulillah dia bertunang, dia boleh move on, boleh nampak keikhlasan dia dalam move on,” kongsinya. 

 

Tambah Didi lagi, Bella pernah berpesan setiap perkara yang dilakukan perlu datang dengan hati yang ikhlas, namun dia mengakui bukan semua orang mampu melakukannya.

 

“Sebab Kak Long ada cakap dengan Didi kalau kita ni nak buat sesuatu, kita kena ikhlas. Tapi tak semua orang pun boleh buat benda tu. Bila Didi nampak apa yang dia buat sekarang, she is happier, healthier,” ujarnya. 

 

Dalam masa sama, Didi turut berharap agar kakaknya segera melangkah ke fasa seterusnya bersama insan tersayang iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang sememang rapat dengan anak-anak Bella. 

 

“Didi harap la Kak Long akan ke jinjang pelamin secara cepat sebab saya pun macam dah lama tak ada abang ipar. Anggota baru untuk Ara dan Ayden juga of course. 

 

“Bila tengok Ara dan Ayden, ya Allah manja sebenarnya. Manja sangat dengan Abang Saddiq,” kongsinya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Must Watch Video

Advertisement