Pentas Mualim Muda berakhir dengan menyaksikan dua pesertanya iaitu Iddin Ramli dan Zaimi terpaksa mengucapkan selamat.
Berada di kedudukan tiga terbawah, Iddin dan Zaimi masing-masing terpaksa akur dengan keputusan selepas mendapat markah terendah daripada barisan juri.
Turut berada ditangga tiga terbawah adalah Mualim Muda Ashraf.
Sementara itu, Mualim Muda Amar terus unggul apabila berjaya menduduki tangga pertama untuk minggu suku akhir.
Berikut merupakan markah penuah Mualim Muda untuk minggu suku akhir.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini