Sekilas
- Seorang penonton wanita tular di TikTok selepas menangis menonton filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven di pawagam.
- Reaksi wanita itu mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman sama menonton filem tersebut.
- Filem Tarung: Unforgiven yang menampilkan pelakon popular mula ditayangkan 7 Mei dan berjaya raih kutipan RM15.7 juta dalam 11 hari.
Reaksi seorang penonton wanita yang menangis selepas menonton filem Tarung: Unforgiven mencuri perhatian ramai dalam media sosial.
Menerusi satu perkongsian dalam TikTok, pengguna tersebut memuat naik video memaparkan dirinya sedang menangis sebaik selesai menonton filem aksi tempatan berkenaan di pawagam.
pape pun tarung memang best 😔☝🏻
“Pape pun Tarung memang best,” tulisnya ringkas pada kapsyen video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat reaksi spontan wanita terbabit selain mengakui mereka turut mengalami situasi sama selepas menonton filem tersebut.
“Tengok Bersamamu ke?” seloroh seorang pengguna.
“Kak saya nangis sampai tertanggal contact lens sebelah,” tulis seorang lagi netizen.
Seorang pengguna lain turut berkongsi pengalaman rakannya yang menangis ketika menonton filem berkenaan.
“Kak sumpah kawan aku pun sama macam kau tengok cerita ni. Yang tukang rakam definitely aku,” katanya.
Tarung: Unforgiven membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.
Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei lalu dan dilaporkan berjaya meraih kutipan RM15.7 juta selepas 11 hari tayangan.
Barisan pelakon filem itu juga bakal turun padang menerusi siri jelajah Zon Utara bermula 22 hingga 24 Mei ini.