Skip to main content

Hiburan

Membesar Tanpa Figura Seorang Bapa, Aedy Asyraf Kongsi Kisah Kehidupan Peribadi - “Ibu Lahirkan Saya Ketika…”

Astro Gempak 220

Sekilas

  • Aedy Asyraf berkongsi kisah membesar tanpa kehadiran ayah kerana bapanya dipenjara selama enam tahun ketika dia dilahirkan.
  • Pertemuan pertama dengan bapanya berlaku secara mengejut apabila dia dibawa keluar rumah tanpa pengetahuan ibu, dan hanya tinggal bersama ayah selama 10 hari sahaja.
  • Aedy dibesarkan di kawasan perumahan yang penuh cabaran dengan pelbagai masalah sosial seperti remaja hisap gam dan kes samun.

Pelakon Aedy Asyraf tampil berkongsi kisah kehidupannya sewaktu kecil yang membesar tanpa kehadiran seorang bapa disisi.

Menerusi sesi temu bual audio siar Kita-Kita Aje! bersama pengacara Datuk Aznil Nawawi yang dimuat naik di YouTube, Aedy mendedahkan ibunya melahirkannya ketika bapanya menjalani hukuman di penjara. 

“Sewaktu ibu melahirkan saya, sebagai keluarga sempurna mestilah bapa ada sekali bersama ibu di bilik bersalin. Tetapi hal itu tidak berlaku kepada saya.

“Ibu saya melahirkan saya ketika ayah tiada di situ. Ayah saya dipenjara selama enam tahun. Pertama kali saya lahir di dunia, buka mata sahaja bapa saya tiada. Saya membesar tanpa ayah sehingga usia tujuh tahun,” katanya.

Menurut pelakon siri drama Projek Anchor SPM itu, ketika kecil dia sendiri tidak memahami makna sebenar seorang ayah kerana tidak pernah merasai kehadiran figura tersebut dalam hidupnya.

“Saya ada tanya fasal ayah tetapi waktu usia tujuh tahun saya tidak tahu apa itu ayah. Saya tak tahu apa tanggungjawab seorang ayah sebab dia tidak pernah ada bersama kami.

“Dalam Threads saya ada mengatakan saya merupakan produk jenayah untuk orang miskin yang berkahwin. Bagi saya miskin harta boleh cari duit, tapi miskin emosi, kasih sayang dan tanggungjawab itu akan mendatangkan masalah,” ujarnya.

Berkongsi detik pertemuan pertama dengan bapanya selepas dibebaskan, Aedy mengakui dia pernah dibawa keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu ketika sedang tidur.

“Pertama kali jumpa ayah, sebenarnya dia ‘culik’ saya dari rumah. Waktu itu saya sedang tidur, saya sedar-sedar sudah berada di bahu ayah. Saya dibawa ke rumahnya, dia tinggal bersama kawan-kawan. Saya tak takut, cuma rasa tak selamat.

“Saya rasa seminggu juga saya tinggal dengan ayah. Dia pun manusia juga, saya rasa dia tak sanggup lihat saya berpisah dengan kakak lalu hantar semula pulang ke rumah,” katanya.

Tambahnya, sepanjang hidupnya dia hanya sempat tinggal bersama bapanya sekitar 10 hari sahaja.

“Kalau ikutkan, 10 hari sahaja saya hidup dengan ayah. Waktu usia 16 tahun apabila saya sudah sedia memaafkannya, saya balik ke Kelantan selama tiga hari. Sekarang ini dia di Kelantan, masih sihat dan dah jadi orang masjid.

“Saya dibesarkan di kawasan perumahan ‘dodgy flat’. Mungkin dodgy bagi saya tapi bukan orang lain. Waktu saya membesar, saya melihat sekeliling dengan kewujudan remaja hisap gam, merempit serta kes samun dan curi motor,” kongsinya.

 

Sumber: Kita-Kita Aje! Podcast

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Must-Watch Video

Advertisement