Skip to main content

Selebriti

Melly Goeslaw Anggap M. Nasir ‘Pujangga’, Impi Kolaborasi Bersama - “Selepas Allahyarham P. Ramlee, Yang Paling Saya Idolakan Adalah M. Nasir”

Melly Goeslaw dan M Nasir

Sekilas

  • Melly Goeslaw memuji Datuk M Nasir sebagai pujangga muzik dengan lirik yang puitis dan bermakna mendalam.
  • Melly mengagumi M Nasir sebagai idolanya selepas era Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan terbuka untuk kolaborasi lagu bersama.
  • Melly akan menjadi penyanyi undangan dalam konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 yang menampilkan 30 hingga 40 lagu, dengan tiket dijual mulai 24 April.

Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw menyifatkan figura seni tersohor negara, Datuk M Nasir sebagai seorang ‘pujangga’ yang memiliki keistimewaan tersendiri dalam dunia muzik.

Menurut Melly, karya-karya yang dihasilkan oleh M. Nasir bukan sahaja indah dari segi melodi, malah sarat dengan makna tersirat yang mendalam.

“Datuk itu bukan sekadar komposer, penyanyi tetapi dia adalah pujangga kerana lirik-lirik yang dihasilkan olehnya mengandungi filosofi yang sangat dalam, puitis.

“Kadang banyak sekali lirik-liriknya yang ‘bersayap’, maksudnya erti lirik itu lebih daripada maknanya sendiri,” katanya.

M Nasir berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas sebuah sidang media khas di dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur menuju Stesen Ipoh baru-baru ini.

Dalam pada itu, Melly turut menyatakan kekagumannya terhadap Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang disifatkan sebagai legenda seni, sebelum mengangkat M. Nasir sebagai idolanya selepas era tersebut.

“Dahulu dimiliki oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, jadi selepas beliau, yang paling saya idolakan sangat adalah Datuk M. Nasir,” ujarnya


 

Mengulas lanjut mengenai kerjasama antara mereka, Melly bagaimanapun berkata dia tidak akan menolak peluang untuk bekerjasama dengan M. Nasir sekiranya diberi ruang.

“Kalau material lagu, saya termasuk yang spontan maksudnya saya mencipta lagu secara spontan.

“Nanti jika ada peluang dengan Datuk untuk mengajak saya berkolaborasi di dalam membuat lagu, pastinya akan spontan secara langsung, mengalir sahaja idea itu.

“Kalau boleh saya teringin untuk mencipta lagu bersama Datuk. Kalau menyanyi memang lebih mudah tetapi kalau mencipta lagu, penasaran sahaja ingin tahu bagaimana terjadinya sebuah lagu yang dihasilkan dari dua pemikiran yang berbezs,” jelasnya.

Untuk info, pada acara sidang media dinamakan sebagai Expres Rakyat (Nasi Ganja) Tok Nasir Ke Ipoh itu, penganjur turut membuat kejutan apabila mengumumkan komposer dan penyanyi legenda Indonesia, Melly Goeslaw sebagai penyanyi undangan pada malam konsert nanti.

Penyanyi digelar 'The Queen of Soundtracks' itu turut hadir memeriahkan sidang media yang diadakan sambil beliau sempat menyanyikan serangkap lagu ciptaan M Nasir yang dipopular kumpulan Search, iaitu Fantasia Bulan Madu dan lagunya sendiri, Butterfly.

Pada konsert DATO’ M.N47IR CIPTA 4 yang bertemakan Batik Injection itu, M Nasir dijangka mempersembahkan antara 30 hingga 40 lagu termasuk medley menerusi konsert berkenaan.

Jualan tiket untuk setiap kategori yang bermula daridapa harga RM238 hingga RM588 akan dibuka pada 24 April ini menerusi platform www.ticket2u.com.my.

Anda mungkin berminat dengan

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Must-Watch Video

Advertisement