Skip to main content

Jenayah

Lelaki Bakar Anak Saudara Malas Mandi

Lelaki bakar anak saudara malas mandi

Sekilas

  • Polis Indonesia sedang memburu seorang lelaki berusia 32 tahun yang didakwa membakar anak saudaranya kerana enggan mandi di Semarang, Jawa Tengah.
  • Suspek menggunakan minyak petrol dan mancis untuk membakar mangsa yang duduk di hadapan rumah, menyebabkan kecederaan melecur dari lengan hingga punggung.
  • Jiran-jiran membantu mangsa yang kemudian dibawa ke pusat kesihatan, dan polis masih mencari suspek yang melarikan diri.

Polis Indonesia memburu seorang lelaki berusia 32 tahun yang didakwa membakar anak saudaranya gara-gara mangsa enggan mandi, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Semarang, wilayah Jawa Tengah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Semarang Utara, Komisioner Heri Sumiarso berkata, ketika kejadian, mangsa duduk di hadapan rumah apabila suspek menyuruhnya mandi.

“Mangsa enggan menurutinya lalu suspek masuk ke dalam rumah dan mengambil minyak petrol serta mancis.

“Suspek kemudian menyiram minyak petrol ke arah mangsa lalu melempar mancis ke arah remaja perempuan itu,” kata Heri.

Beberapa jiran tampil membantu mangsa selepas mendengar jeritannya sebelum dia dibawa ke pusat kesihatan terdekat.

“Mangsa melecur dari lengan hingga ke punggung. Namun, keadaannya tidak kritikal,” tambah Heri.

Polis masih memburu suspek yang melarikan diri susulan kejadian itu.

Sumber: Kosmo! Online

Anda mungkin berminat dengan

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement