Skip to main content

Hiburan

Masih Tak Ada Sijil Nikah, Abby Abadi Harap Aslam Dikenakan Tindakan - “Buat Pihak Perempuan Saja Dipandang Hina”

ASTROGEMPAK Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi berharap menantunya, Ahmad Aslam, dikenakan tindakan sewajarnya kerana pernikahan yang didakwa belum disahkan di Malaysia.
  • Abby menegaskan isu pernikahan luar negara tanpa pengesahan sijil nikah memberi kesan buruk kepada pihak wanita dan perlu diberi perhatian oleh Mahkamah Syariah.
  • Ahmad Aslam dilaporkan telah melafazkan cerai dan rujuk beberapa kali dengan isteri keduanya, Marissa Dania, selepas berkahwin di Thailand pada Disember 2023.

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berharap menantunya, Ahmad Aslam, dikenakan tindakan sewajarnya berhubung isu pernikahan yang didakwa masih belum disahkan di Malaysia.

 

Menurut Abby, perkara seperti itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada pihak wanita yang akhirnya menjadi sasaran kecaman masyarakat.

 

“Tolonglah Mahkamah Syariah di Malaysia, isu-isu macam ni tak boleh nak bertindak apa-apa ke untuk bagi pengajaran pada pihak lelaki?

 

“Dah la nikah luar Malaysia, dengan tiada pengesahan sijil nikahnya, dah dua tahun dah... buat pihak perempuan saja dipandang hina.

 

“Tak menjadi kesalahan ke di Malaysia bila lelaki perangai macam ni? Sesuka hati nak buat apa-apun,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, Abby turut meluahkan rasa geram apabila tindakan ibu bapa untuk campur tangan dalam isu tersebut juga dibimbangi boleh mengundang masalah lain.

 

“Kalau mak bapa bertindak kang, takut mak bapa pula yang ke dalam,” katanya lagi.

 

Untuk rekod, Aslam didakwa telah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama.

 

Dia kemudian sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun tahun sama.

 

Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

 

Sebelum itu, Aslam telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.

 

Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.

 

Hasil perkahwinan, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, Nuh serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 17 Februari lalu.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Must-Watch Video

Advertisement