Sekilas
- Alif Satar memberi amaran tentang akaun palsu yang menggunakan namanya di platform Threads untuk meminta kod QR daripada orang ramai.
- Alif menegaskan dia hanya mempunyai satu akaun rasmi Threads sahaja.
- Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut.
Penyanyi dan pelakon Alif Satar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu yang menyamar menggunakan namanya di platform Threads.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, terdapat satu akaun tidak dikenali yang menggunakan identitinya untuk meminta kod QR daripada orang awam.
“Ada satu akaun Threads yang guna nama aku dan minta QR daripada public. That is a fake account.

Dalam masa sama, Alif turut menjelaskan bahawa dia hanya mempunyai satu akaun rasmi Threads sahaja.
“This is my only official Threads account. Jangan terpedaya!
“Please, please, please… kamu jangan nakal,” ujarnya.
Sumber: Threads