Skip to main content

Hiburan

“Tahniah Adikku Jadi Tunangan Lelaki Budiman Yang…” - Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Bella Astillah

ASTROGEMPAK Fazura Bella

Sekilas

  • Majlis pertunangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang berlangsung baru-baru ini mendapat perhatian ramai di media sosial.
  • Pelakon dan usahawan Nur Fazura turut hadir dan berkongsi ucapan tahniah serta doa khas buat Bella menerusi platform Threads.
  • Fazura mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq sentiasa dilindungi, bahagia, dan kasih sayang mereka kekal hingga ke akhirat.

Majlis pertunangan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq yang berlangsung pada Sabtu lalu masih menjadi bualan di media sosial. 

 

Pelakon dan usahawan Nur Fazura yang turut hadir berkongsi ucapan istimewa buat Bella yang dianggap sebagai adik menerusi platform Threads miliknya. 

 

Menerusi perkongsian itu, Fazura mengucapkan tahniah kepada Bella yang kini menjadi tunangan kepada seorang lelaki budiman yang menyayangi dirinya serta anak-anak. 

 

“Kita mendoakan dan akhirnya hanya Allah SWT maha menentukan yang terbaik. Syukur Alhamdulillah.. tahniah buat adikku @bellaastillah kini menjadi tunangan lelaki budiman YB @syedsaddiq yang menyayangimu dan anak-anak dengan sepenuh hati,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Fazura turut mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq dilindungi dan sentiasa bahagia. 

 

“Semoga Allah SWT melindungi kalian dengan hikmah, petunjuk serta keredhaanNYA dan semoga kasih-sayang yang tersemai di dalam hati kalian sentiasa mekar di dunia akhirat.

 

“Mudah-mudahan… aminnn. Bahagia kalian, bahagia kami,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

Must Watch Video

Advertisement