Skip to main content

Hiburan

Masalah Kesihatan Bukan Penghalang Untuk Zamani Beraksi Di Konsert The Grand Slam Unplugged 2 - “Pada Awal Memang Saya Agak Bimbang Bila…”

ASTROGEMPAK zamani

Vokalis kumpulan Slam, Zamani enggan menjadikan masalah kesihatan dihadapi sebagai penghalang untuk memberikan persembahan terbaik pada konsert The Grand Slam Unplugged 2 yang bakal berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur, pada hari ini. 

 

Pernah berdepan masalah tulang belakang atau skoliosis yang turut memberi kesan terhadap pernafasan, Zamani berkata, dia bersama anggota Slam lain mengambil masa kira-kira sebulan untuk membuat persiapan rapi.

 

Menurut penyanyi berusia 55 tahun itu, tempoh berkenaan penting bagi memastikan dirinya dan anggota lain iaitu Shah (gitar), Lili (gitar bes), Man (dram) serta Eddie (keyboard) dapat mengembalikan keserasian dan sentuhan persembahan seperti dahulu.

 

“Pada awal memang saya agak bimbang apabila perlu menjayakan persembahan kira-kira dua jam setengah, apatah lagi dengan keadaan kesihatan saya ketika ini.

 

“Tetapi selepas buat latihan dalam tempoh sebulan ini, Alhamdulillah makin lama saya dapat biasakan diri. Sehinggalah fasa akhir latihan kelmarin dan hari ini, saya dapat buat dengan baik,” katanya kepada Gempak.

 

Zamani berkongsi perkara itu ketika pada sesi latihan konsert berkenaan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis. 

 

Zamani berkata, keputusan menajalni latihan lebih panjang juga mengambil kira faktor usia anggota kumpulan yang semakin meningkat serta keadaan kesihatan masing-masing.

 

“Tempoh masa sebulan diambil untuk buat latihan itu salah satunya disebabkan faktor umur kami semua. Dengan umur kami semua yang sudah meningkat, kemungkinan berdepan juga masalah kesihatan.

 

“Jadi, tempoh latihan selama sebulan ini adalah sebagai usaha untuk kami gilap kembali apa yang sepatutnya dan dapatkan sentuhan lama semula,” katanya.

 

Konsert The Grand Slam Unplugged 2 diadakan tiga dekad selepas kemunculan sulung mereka menerusi konsert ‘unplugged’ di Stadium Merdeka pada 3 Ogos 1996.

 

Menerusi konser anjuran SS Karya Venture itu, Slam turut menjemput tiga gitaris legenda, iaitu Aznan Alias, JoBranko dan Kid Search bagi menambah seri persembahan. 

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement