Filem aksi rompakan paling hangat tahun ini iaitu Magik Rompak bakal menemui anda di layar perak tidak lama lagi.
Namun bukan sahaja akan memacu adrenalin anda di layar perak malah filem ini juga akan membawa pengalaman rompakan ke dunia nyata dengan cara yang cukup unik dengan FREE E-Wallet Money Giveaway!
Bersempena pelancaran filem ini, penonton bertuah di GSC IOI City Mall Putrajaya dan GSC Mid Valley Megamall berpeluang untuk membawa pulang wang tunai digital terus ke dalam aplikasi Touch ’n Go eWallet mereka.
Bayangkan tengah tunggu tayangan filem Magik Rompak tiba-tiba kod QR misteri muncul macam adegan dalam filem rompakan sebenar! Siapa cepat, dia dapat.
Inilah peluang anda nak rasa sendiri vibe “Heist in real life” sebelum anda menikmati aksi di layar besar.
Macam Mana Nak Join?
Advertisement
Sangat mudah!
- Keluarkan telefon anda 📱
- Buka aplikasi Touch ’n Go eWallet
- Hadir ke pawagam pada masa & tarikh yang telah diumumkan
- Tunggu kod QR besar muncul di skrin pawagam
- Scan laju-laju! ⚡
- Terus dapat duit percuma masuk ke eWallet anda! 💸
Jangan lupa saksikan filem Magik Rompak yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 11 September ini.
Karya arahan Adrian Teh ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Zul Ariffin, Amelia Anderson, Nadhir Nasar dan ramai lagi.