Skip to main content

Hiburan

Lari Dari Kebiasaan, Warna Busana Pernikahan Tun Laila Jadi Perdebatan Netizen

Tun Laila

Ringkasan AI

  • Tun Laila Tun Rafaee tampil anggun dengan busana rona biru muda rekaan Kashfi Zulkifli pada hari pernikahannya.
  • Warna biru muda dipilih kerana ia warna kegemaran Tun Laila dan suaminya, Muhammad Amir Haiqal Adnan.
  • Tun Laila menjelaskan dia sudah memakai putih semasa majlis merisik dan akan memakai putih semasa majlis sanding nanti.
  • Pemilihan warna biru muda ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.
  • Ramai memuji kelainan dan keanggunan busana tersebut, namun ada juga yang berpendapat warna putih harus kekal sebagai simbol tradisi dan kesucian.

Peguam dan juga pempengaruh, Tun Laila Tun Rafaee mencuri perhatian ramai selepas tampil anggun mengenakan busana rona biru muda rekaan Kashfi Zulkifli pada hari pernikahannya baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, ramai memuji keanggunan dan kelainan yang dibawa oleh Tun Laila apabila memilih warna tersebut bagi menggantikan putih yang sering sinonim dengan majlis akad nikah.

Menurut Tun Laila, pemilihan warna biru muda dibuat kerana ia merupakan warna kegemaran dirinya dan suami, Muhammad Amir Haiqal Adnan.

“Biru ialah warna kegemaran kami berdua, dan sebab masa merisik saya dah pakai putih, majlis sanding nanti pun saya akan pakai dress warna putih,” katanya.

Namun begitu, pemilihan warna tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Ada yang menyokong Tun Laila membawa kelainan dalam busana nikahnya, malah menganggap ia masih sopan dan elegan.

Namun, segelintir pula berpendapat warna putih seharusnya kekal menjadi lambang kesucian dan tradisi dalam majlis pernikahan.



Must-Watch Video

Advertisement