Skip to main content

Berita Tempatan

Lancar 'Dulu Kini Raya', Izzue Islam Minta Netizen Jangan Cepat Kritik - "Kita Raikan, Setiap Lagu Ada Unik Tersendiri"

Astro Gempak izzue laguraya

Sekilas

  • Izzue Islam menyeru orang ramai agar lebih terbuka menerima lagu raya tempatan tanpa cepat mengkritik karya seni tersebut.
  • Lagu raya terbaru Izzue, Dulu Kini Raya, menggabungkan elemen moden dan tradisional untuk memberi kelainan dalam sambutan Aidilfitri.
  • Izzue juga sedia menerima komen positif atau negatif dan berharap kolaborasinya dengan Dehaniff dapat memeriahkan industri muzik raya Malaysia.

Penyanyi Izzue Islam menyeru orang ramai agar lebih terbuka dalam menerima karya lagu raya, tanpa terlalu cepat melontarkan kritikan terhadap hasil seni tempatan.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, setiap lagu raya yang dihasilkan mempunyai identiti dan keunikan tersendiri, sekali gus berperanan menceriakan suasana sambutan Aidilfitri.

“Pada saya, kita raikan sahaja apa jua lagu raya yang dihasilkan. Setiap lagu ada keunikan tersendiri.

"Untuk lagu raya kami iaitu Dulu Kini Raya, kami sebenarnya mengkategorikan lagu ini sebagai lagu yang boleh diterima kerana ada beberapa elemen yang kami terapkan seperti moden dan tradisional.

"Harap pendengar di Malaysia boleh menerima lagu ini. Kalau tahun ini mereka belum suka, mungkin tahun depan mereka akan suka," katanya kepada Gempak.

Izzue berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duetnya bersama Dehaniff berjudul Dulu Kini Raya yang berlangsung di The St. Regis Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas mengenai sikap segelintir pengguna media sosial yang lantang memberikan pandangan, Izzue menjelaskan dia sentiasa bersedia menerima sebarang komen, sama ada positif mahupun negatif.

“Saya okay sahaja dan terbuka menerima apa saja pandangan. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan perkara seperti ini sejak lebih 10 tahun lalu kerana sudah terbiasa.

"Ada juga yang kata suara saya biasa tetapi masih sibuk mahu menyanyi. Namun kata-kata itu tidak pernah menjatuhkan semangat saya.

"Bagi saya ia tidak menghalang saya untuk terus berkarya. Kalau tidak suka tidak mengapa tetapi saya harap lama-kelamaan mereka boleh menerima," tambahnya.

Dalam pada itu, Izzue turut berkongsi pandangannya mengenai kolaborasi lagu raya Dulu Kini Raya bersama Dehaniff yang disifatkan membawa warna berbeza dalam industri muzik tempatan.

Menurutnya, gabungan tersebut diharap dapat memberi variasi kepada pendengar selain terus memeriahkan lanskap muzik raya di Malaysia.

 

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement