Skip to main content

Selebriti

Lama Menyepi, T-REX Kini Buat Single Comeback! ‘Memori Hari Raya’ Tanda Fasa Baharu - “Ini Bukan Sekadar Projek, Tetapi…”

T-Rex

Sekilas

  • T-REX kembali dengan single baharu bertajuk ‘Memori Hari Raya’ yang menandakan fasa baharu dalam karier muziknya.
  • Lagu ini mengangkat tema kepulangan, kekeluargaan, dan kenangan indah Aidilfitri dengan sentuhan moden dan emosi matang.
  • ‘Memori Hari Raya’ diterbitkan oleh Melissa Ng dan kini boleh distrim di YouTube, Spotify, dan Apple Music.

Penyanyi, T-REX kembali dengan dengan single baharu berjudul ‘Memori Hari Raya’.

‘Memori Hari Raya’ merupakan lagu Raya pertama T-REX selepas kemunculan semulanya dalam industri muzik, sekali gus menandakan fasa baharu dalam perjalanan seninya.

Menjelaskan perkara itu, T-REX berkata pemilihan lagu bertemakan Hari Raya sebagai single comeback bukanlah satu kebetulan.

“Raya adalah tentang pulang. Dan bagi saya, ini juga tentang pulang kepada muzik dan diri sendiri.

“Lagu ini membawa tema kepulangan ke kampung halaman, kekeluargaan serta kenangan indah Aidilfitri yang menyentuh hati.

“Dengan sentuhan emosi yang matang serta elemen moden, lagu ini diharapkan dapat menjadi lagu yang dekat di hati pendengar,” ujarnya.

Dalam pada itu, T-REX juga turut merakamkan penghargaan khusus kepada penerbitnya, Melissa Ng, yang banyak memainkan peranan dalam membawanya kembali ke pentas muzik.

“Saya sangat berterima kasih kepada Melissa Ng kerana mempercayai dan membawa saya kembali ke hadapan industri.

“Ini bukan sekadar satu projek, tetapi permulaan kepada lebih banyak kerjasama menarik yang akan datang,” katanya.

Dengan ‘Memori Hari Raya’, T-REX berharap kemunculan semula ini dapat membuka lembaran baharu dalam perjalanan muzik serta terus mendapat sokongan peminat lama dan baharu

‘Memori Hari Raya’ ini diterbitkan oleh Melissa Ng di bawah Dark Circle Entertainment dengan susunan muzik oleh Melissa Ng dan Yon Iskandar.

Lagu ini kini boleh ditonton dan distrim di YouTube, Spotify dan Apple Music

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement