Skip to main content

Hiburan

Naykilla Memang Paling Centyl! ‘Biduan Gen Z’ Buat Penonton Ikut Sama Bergoyang Di Zepp KL

Astro Gempak 494

Sekilas

  • Konsert Naykilla Centyl in My Playground di Zepp Kuala Lumpur berjaya mencipta suasana bebas dan meriah yang disukai generasi muda dengan hampir 2,000 penonton yang aktif bergoyang dan menyanyi sepanjang malam.
  • Naykilla menampilkan persembahan yang penuh tenaga dan interaksi spontan, serta memberi ruang kepada rakan artis seperti RYO, Yung Caters, dan Sophia Razak untuk turut memeriahkan pentas.
  • Lagu hitnya, Garam dan Madu, menjadi kemuncak konsert apabila penonton menyanyi bersama dengan penuh semangat, menandakan Naykilla sebagai artis muda yang berpotensi besar di luar fenomena TikTok.

Kalau ada satu benda yang boleh dikatakan sepanjang berlangsungnya Naykilla Centyl in My Playground di Zepp Kuala Lumpur, ia adalah generasi muda hari ini sebenarnya rindu sebuah konsert yang terasa bebas, liar dan tidak terlalu serius.

Dan Naykilla berjaya bagi semua itu dalam satu malam.

Dianjurkan oleh Icon Entertainment, konsert tersebut berjaya menghimpunkan penonton yang rata-ratanya hadir bukan sekadar mahu menonton persembahan, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada daripada universe penyanyi muda Indonesia tersebut.

Ramai tampil dengan gaya fesyen ala Y2K grunge, skirt bertingkat, jaket oversized, stokin belang, kaca mata tinted dan solekan edgy yang cukup menggambarkan identiti muzik Naykilla yang berani, playful dan sedikit ‘chaotic’.

efrg

Secara kesuluruhannya, Naykilla atau nama sebenarnya Nayya Rahmania membuktikan dirinya bukan sekadar penyanyi viral TikTok, tetapi seorang penghibur yang tahu bagaimana mahu menguasai pentas dan ‘menghidupkan’ ribuan manusia sepanjang malam.

Ada sesuatu tentang dirinya yang membuatkan penonton susah untuk duduk diam. 

Lenggok tubuh, cara dia bergerak atas pentas, interaksi spontan bersama penonton dan tenaga yang tidak pernah jatuh menjadikan keseluruhan konsert terasa seperti sebuah pesta anak muda yang sangat hidup.

Dan ya, hampir 2,000 penonton malam itu ‘bergoyang’.

Bukan goyang biasa-biasa, tetapi jenis yang membuatkan seluruh ruang Zepp terasa seperti kelab dansa alternatif generasi TikTok. 

Dari awal sehingga akhir, sangat sukar mencari penonton yang tidak menyanyi atau sekurang-kurangnya menganggukkan kepala mengikut rentak.

Tidak hairanlah ramai di internet ada yang memanggilnya sebagai ‘biduan Gen Z’.

Dan jujurnya, gelaran itu ada juga benarnya.

fvg


Sekitar jam 9 malam, Naykilla membuka pentas dengan Bahasa Tubuhmu sebelum memberikan sentuhan berbeza menerusi lagu cover Open Arms nyanyian asal SZA yang dikoplokan menjadi versi hipdut yang sangat ‘liar’ tetapi sedap didengar. 

Menariknya, Naykilla tidak tamak memonopoli pentas seorang diri. Dia faham dunia muzik yang membesarkan namanya datang daripada komuniti dan persahabatan. 

Sebab itu ruang pentas diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan seperti RYO dan Yung Caters untuk membawa set mereka sendiri.

vfg

Dan di situlah kekuatan sebenar Naykilla sebagai seorang artis muda terserlah. Dia bukan hanya mahu dirinya bersinar, tetapi mahu seluruh ‘dunia’ yang dibina bersama rakan-rakannya turut diraikan penonton.

Kemunculan penyanyi asal Malaysia Sophia Razak menerusi lagu Cenat Cenut pula memberi satu lagi warna menarik sebelum pentas diambil alih dengan lagu MSG (Melayu Swag Giler) bersama Against Mel dan F.Rider yang berjaya menaikkan lagi suhu di Zepp.

sdvf

Namun seperti dijangka, momen paling ditunggu-tunggu malam itu tentunya ketika Naykilla kembali menyampaikan lagu yang mengubah hidupnya, Garam dan Madu.

Sebelum lagu dimainkan, penyanyi kelahiran Surabaya itu sempat berkongsi kisah bagaimana suatu ketika dahulu dia terpaksa meminjam duit daripada rakannya semata-mata mahu masuk studio rakaman.

Kini lagu tersebut bukan sahaja meletup di TikTok, malah menjadi antara lagu paling melekat dalam kepala generasi muda hari ini, terutama yang gemar dengan lagu-lagu trend TikTok dan velocity edit.

vdf

Tidak sempurna? Ya.

Ada beberapa bahagian konsert yang terasa sedikit panjang terutama ketika set artis jemputan yang mungkin penonton masih belum kenal lagu-lagunya. Namun energi Naykilla sendiri berjaya ‘menutup’ kekurangan tersebut.

dvf

Akhir sekali, Naykilla Centyl in My Playground bukan konsert tentang vokal sempurna atau produksi mega semata-mata.

Ia tentang rasa seronok menjadi muda.

Dan untuk seorang penyanyi berusia 23 tahun, Naykilla sedang berada di laluan yang sangat menarik untuk diperhatikan. 

Jika dia terus berani bereksperimen dan membina identiti sendiri, tidak mustahil ‘biduan Gen Z’ ini boleh pergi jauh lebih besar daripada sekadar fenomena TikTok.

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Men Women Winter Inner Wear Warm Silk Wool Thick Thermal Long Johns Light Double Layer Velvet男女羊毛保暖衣

Men Women Winter Inner Wear Warm Silk Wool Thick Thermal Long Johns Light Double Layer Velvet男女羊毛保暖衣

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must Watch Video

Advertisement