Sekilas
- Penyanyi Nabila Razali berkongsi pengalaman membawa anaknya menggunakan stroller di pusat membeli-belah dan memahami kesukaran menunggu lift yang penuh dengan pasangan muda.
- Beliau menegaskan situasi ini sering menyebabkan ibu bapa berasa kecewa apabila tidak mendapat keutamaan di lift dan ada yang menyuruh mereka duduk di rumah sahaja.
- Wargamaya turut berkongsi pengalaman sama dan menegaskan pentingnya memahami keutamaan lift untuk ibu bapa dengan anak kecil.
Penyanyi Nabila Razali berkongsi pengalaman membawa anaknya, Muhammad berjalan-jalan di pusat memberi belah dengan menggunakan kereta sorong bayi atau ‘stroller’.
Menurut Nabila atau mesra disapa sebagai Bella, dia akhirnya memahami perasaan ibu bapa yang membawa anak kecil terpaksa menunggu lama untuk naik lift hanya disebabkan ia sudah dipenuhi dengan pasangan muda sihat tubuh badan.
“Saya ni jarang sekali bawa Muhammad keluar ke mall. Baru-baru ni saja kerap. Dan baru sekarang saya faham bila parents yang bawa anak kecik (with stroller) marah sebab lift penuh.
“Lagi pula penuh dengan pasangan muda nak bermanja-manja dalam lift, atau anak muda yang sihat tubuh badannya. Hmm,” kongsinya.
Rata-rata wargamaya turut berkongsi pengalaman sama dan meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak tidak memahami situasi itu malah meminta ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk berada di rumah saja.
“Paling menyirap jenis yang update suruh kita mak bapa ada anak kecil ni duduk senyap-senyap kat rumah. Jangan bawa anak keluar. Eee geram!
“Yang best nya tengah tunggu lift ada pasangan dekat belakang kita, lift buka diorang laju saja jalan masuk dulu. Kita yang bawa stroller masuk berhimpit. Kalau tak ada stroller, tak adanya kita nak naik lift. Dahlah tunggu pun lambat, eskalator lagi cepat.
“Tapi kalau kita tegur, dia punya melenting kemain. Cakap kalau ada anak janganlah pergi Mall. Hello, dekat lift itu ada sebut prioriti untuk siapa,” komen beberapa netizen.