Skip to main content

Hiburan

Kos Cat Rumah Cecah RM450,000, Aliff Syukri Bukan Nak Meriak - “Saya Sendiri Terkejut…”

Aliff Syukri

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri terpaksa berbelanja sehingga RM450,000 untuk mengecat semula rumahnya selepas hampir 10 tahun tidak melakukan penyelenggaraan.
  • Kos tinggi disebabkan penggunaan teknik semburan (spray) dan saiz rumah yang besar, selain memerlukan peralatan khas untuk bahagian bertingkat.
  • Selain cat, Aliff juga mengeluarkan kos sehingga RM800,000 untuk menukar langsir dan RM30,000 untuk 'polish' lantai sebagai persiapan menyambut raya.

Selepas hampir 10 tahun tidak melakukan kerja penyelenggaraan, usahawan sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri terpaksa berbelanja besar bagi mengecat semula kediamannya.

Menerusi Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, kos perbelanjaan untuk mengecat rumahnya mencecah sehingga RM450,000.

Perjelas Aliff yang turut terkejut apabila me dapat tahu tentang sebut harga, kos tersebut adalah disebabkan  penggunaan teknik semburan (spray) serta saiz rumahnya yang besar.

"Kalau nak tahu, saya hampir 10 tahun tak cat rumah. Sekali nak buat, kos boleh mencecah RM450,000. Bukan nak riak. Kos tinggi sebab guna spray, bukannya cat biasa.

"Bila dah lama, warna pudar, jadi saya terpaksa cat semula. Orang ingat mahal sebab guna cat biasa, tetapi sebenarnya teknik spray. Tambahan pula rumah bertingkat, perlu peralatan khas.

"Bila saya minta sebut harga, memang terkejut. Mahal, tetapi hasilnya lebih kemas dan cantik," katanya kepada Gempak.

Bercerita lanjut, bapa kepada enam orang anak ini memaklumkan sebelum ini kos mengecat rumahnya tidak terlalu besar kerana dia hanya mengecat sendiri secara berperingkat bersama pembantu.

"Dulu kami cat sikit-sikit guna cat biasa, habis sekitar RM50,000. Kami buat bahagian bawah sahaja kerana bahagian atas perlukan peralatan khas.

"Akhirnya saya ambil kontraktor. Memang mahal sebab guna spray dan prosesnya ambil masa, tetapi hasilnya lebih berkualiti," katanya.

Bukan itu sahaja, Aliff juga memaklumkan dia bukan sahaja perlu mengeluarkan kos yang besar bagi mengecat rumah malah, kos menukar langsir di kediamannya boleh mencecah sehingga RM800,000.

"Sebenarnya rumah saya sudah 80 peratus siap. Saya buat persiapan raya. Jujurnya, 10 tahun saya tak mampu nak cat rumah. Bergelut juga cari duit.

"Orang ingat rumah besar senang, tapi sebenarnya mencabar. Nak 'polish' lantai sahaja pun RM30,000. Nak tukar langsir pun boleh jadi isu," katanya.

"Rumah besar, bila rosak memang kos tinggi. Baiki bumbung bocor pun boleh cecah ratusan ribu setahun. Raya ini nampak meriah dengan cat baharu, tetapi hakikatnya bukan mudah," katanya.

Terdahulu, Aliff menyorot perhatian apabila terkejut dengan sebut harga untuk mengecat rumah kediamannya yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Must-Watch Video

Advertisement