Skip to main content

Hiburan

Nabila Razali Syukur Dapat Suami Kelantan, Dapat Rasa Suasana Raya Di Kampung - “Saya Tak Pernah Rasa Perjalanan Jauh…”

ASTROGEMPAK Nabila Razali

Sekilas

  • Nabila Razali rasa suasana beraya di Kelantan lebih meriah dan penuh semangat berbanding di KL.
  • Dia bersyukur dapat kahwin dengan suami dari Kelantan kerana dapat merasai pengalaman balik kampung yang jauh dan unik.
  • Nabila teruja untuk menikmati juadah tradisional Kelantan seperti nasi dagang dan kuih-muih serta berjumpa sanak saudara semasa raya.

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali berasakan suasana beraya di Kelantan lebih meriah dan penuh dengan semangat untuk menyambut Hari Raya. 

 

Menurut Nabila, dia juga berasa syukur dapat berkahwin dengan suaminya yang berasal dari negeri pantai timur itu kerana berpeluang merasai perjalanan pulang ke kampung.

 

“Di Kelantan lebih meriah, lebih ramai dan semangat raya itu extra… nampak la mood raya. Kalau raya di KL selalunya raya pertama pun dah ada yang pergi mall. 

 

“Saya sebenarnya bersyukur sangat kahwin dengan orang yang kampungnya jauh. Sebab keluarga saya di KL saja, balik raya pun KL saja. Paling jauh kampung mak saya di Melaka. 

 

“Jadi saya tak pernah rasa perjalanan yang jauh. Bila dapat kahwin dengan pasangan dari Kelantan, barulah saya rasa ‘ouh macam ini rupanya orang balik kampung lama’. 

 

“Baru saya tahu perjalanan boleh cecah 24 jam sebab macam satu Malaysia ada di Kelantan,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Sabar Nak Raya ini turut teruja untuk menikmati juadah di kampung halaman suaminya. 

 

“Antara yang saya nantikan makanan dekat Kelantan terutama nasi dagang yang memang wajib. Boleh katanya sarapan pagi pun mesti nasi. 

 

“Selain itu kuih-muih dan sudah tentu berjumpa sanak saudara,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

Serunding Ayam 500G

Serunding Ayam 500G

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

Must-Watch Video

Advertisement