Sekilas
- Pelakon Yusuf Bahrin menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana kerana jadual penggambaran drama yang padat, hanya cuti pada hari pertama raya.
- Yusuf dan isteri, Zizi Kirana, tidak lagi memakai pakaian raya sedondon selepas tahun pertama perkahwinan mereka, mengikuti tradisi keluarga yang tidak mengamalkan sedondon.
- Soalan mengenai zuriat yang sering ditanya sebelum ini semakin berkurangan selepas hampir lima tahun mereka berkahwin, dan mereka kini lebih tenang menghadapi perkara tersebut.
Pelakon Yusuf Bahrin mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana memandangkan jadual kerjanya yang padat dengan penggambaran drama.
Menurut Yusuf, dia hanya mempunyai cuti pada hari pertama raya sebelum kembali bekerja seperti biasa.
“Persiapan raya sederhana sahaja, sebab raya pertama je cuti. Lepas tu dah start kerja balik dah. Ah. Tulah nak buat macam mana. Lepas tu baru ada gap sikit, dua hari cuti lepas tu kerja balik.
“Sebab saya still ongoing shooting untuk Astro, yang Mencari Isteri Sempurna. Tak habis lagi. Sampai April tau,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai persiapan pakaian raya, Yusuf berkata dia dan isteri, Zizi Kirana tidak lagi mengenakan pakaian sedondon seperti yang dilakukan pada tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya lagi, perkara tersebut juga bukan sesuatu yang luar biasa kerana keluarganya sendiri di kampung jarang mengenakan pakaian sedondon ketika hari raya.
“Kitorang tak sedondon. Haah. First year kahwin je sedondon. Lepas tu tak sedondon dah. Semua dah campur-campur dah. Sebab kadang-kadang ada color yang kita nak pakai, dia tak nak. So tak apalah.
“Saya memang family saya pun kat kampung memang tak sedondon. Ada time sedondon tu bila pergi wedding je lah. Wedding, macam tu je lah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Yusuf turut berkongsi bahawa persoalan mengenai zuriat yang sering ditanya orang ramai sebelum ini kini semakin berkurangan selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Saya rasa orang dah faham, sebab dah dekat 5 tahun berkahwin orang dah mula faham. Awal-awal dulu adalah orang bertanya bila nak dapat anak semua.
“Tapi bila masuk tahun kelima, orang pun dah penat. Bertanya tu bagus, tapi bila berkali-kali bertanya, ah tu jadi benda lainlah. Kita tak nak hadap benda-benda macam tu. So dah lama sangat kita okey, kita tak jawab benda-benda macam tu sangat, so orang pun faham ah takpelah, rezeki dia. Ah so macam tulah kita nak,” tambahnya.