Skip to main content

Hollywood

John Travolta Jawab Penampilan Pakai Topi Beret Yang Tular Di Cannes

Astro Gempak travolta

Sekilas

  • John Travolta tampil dengan gaya sederhana memakai topi beret dan cermin mata di Festival Filem Cannes 2026 yang menarik perhatian netizen.
  • Travolta memilih beret sebagai penghormatan kepada pengarah zaman dahulu dan untuk membezakan peranannya sebagai pengarah daripada pelakon.
  • Beliau hadir ke Cannes untuk mempromosikan filem arahannya, Propeller One-Way Night Coach, dan penampilannya diinspirasikan oleh pengarah legenda seperti Francis Ford Coppola dan Ingmar Bergman.

Ternyata, bukan hanya penampilan bintang dan tetamu wanita di Festival Filem Cannes 2026 sahaja yang mampu menarik perhatian dan menjadi tular. Rupa-rupanya, penampilan salah seorang aktor Hollywood yang tampil di festival tersebut baru-baru ini juga sempat tular.

Pesohor itu adalah aktor senior, John Travolta. Travolta sebenarnya tampil sangat sederhana tetapi dilengkapkan dengan topi beret dan cermin mata yang telah menarik perhatian terutama pengguna media sosial.

Selepas penampilannya memakai beret tular, Travolta membuka bicara, memberitahu sebab dia memilih gaya sedemikian.

Menurut Travolta, 72, dia memakai beret sebagai tanda penghormatan buat penampilan kebanyakan pengarah zaman dahulu. Maka, Travolta yang hadir ke Cannes atas kapasiti seorang pengarah memilih penampilan memakai beret di festival tersebut.

Travolta hadir ke Cannes untuk mempromosikan filem arahannya, Propeller One-Way Night Coach.

“Kebanyakan pengarah zaman dahulu memakai cermin mata dan beret. Saya fikir itu yang saya lakukan sekarang,” kata Travolta dalam temu bual bersama CNN.

Bintang Grease itu juga mengatakan tindakannya tampil berbeza di festival tersebut adalah untuk memisahkan ‘babak’ aktor yang sudah dijalaninya selama 50 tahun dengan karier baharu sebagai pengarah.

“Saya sudah 50 tahun menjadi pelakon, terlibat dalam filem, tapi bila saya lihat semula, saya kena tampil berbeza kali ini.

“Kali ini saya adalah pengarah. Jadi mainkan peranan sebagai pengarah, seperti pengarah zaman dulu,” katanya lagi.

Sementara itu ramai peminat menyifatkan penampilan Travolta mengambil inspirasi daripada pengarah legenda Francais Ford Coppola dan salah seorang pembuat filem Sweden, Ingmar Bergman.

Anda mungkin berminat dengan

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Advertisement