Skip to main content

Selebriti

Dipanggil Hodoh, Yazmin Aziz Kekal Tenang - “Alhamdulillah, Saya Sangat…”

ASTROGEMPAK Yazmin

Sekilas

  • Yazmin Aziz memilih untuk tidak melatah walaupun dikritik rupa parasnya di media sosial.
  • Dia meluahkan rasa syukur dengan wajah yang dikurniakan dan menerima komen negatif dengan reda.
  • Yazmin juga menyatakan dia mengambil pendekatan santai walaupun ada bukti dikongsi oleh individu tertentu di media sosial.

Penyanyi Yazmin Aziz memilih untuk tidak melatah apabila didakwa dihina rupa parasnya oleh pihak tertentu di media sosial. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Yazmin bagaimanapun meluahkan rasa syukur dengan wajah yang dikurniakan kepadanya. 

 

“Saya diberitahu yang saya dipanggil hodoh. Reda saja la. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan rupa yang dikurniakan kepada saya,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Yazmin turut memaklumkan individu berkenaan dipercayai ada memuat naik bukti di media sosial, namun dia mengambil pendekatan santai terhadap perkara itu.

 

“Orang yang dikatakan tu up beberapa bukti di media sosial. Cuba cari. Saya pun tergelak bila dapat DM daripada followers saya yang tersayang,” balasnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

Advertisement