Skip to main content

Hiburan

'Jodoh Lebaran' Meledak! Aisha Retno Ada Sebab Tak Buat MV Dekat Rumah Kampung - "Saya Mahu Buat Eksperimen..."

Aisha Retno

Penyanyi dan komposer muda, Aisha Retno meluahkan rasa syukur apabila lagu raya terbaharunya iaitu Jodoh Lebaran menerima sambutan positif daripada peminat.

Menurut Aisha, pada awalnya dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk lagu tersebut memandangkan lagu rayanya bersama Aziz Harun, Ketipak Ketipung Raya sudah mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan peminat.

“Sebenarnya saya pun tak sangka sambutannya akan sebaik ini sebab saya dah reda sebab Ketipak Ketipung Raya pun sudah ada level yang tersendiri.

“Jadi saya tak kisah jika lagu Jodoh Lebaran ini hanya jadi penyeri dan ibarat lancarkan lagu raya buat mereka yang rindu nak dengar lagu raya daripada saya. Saya tidaklah nak fokus lagu ni viral sampai orang nak kena buat TikTok, sebab saya keluar lagu ini pun pada 15 Ramadan jadi dia macam dah hujung-hujung. Tapi ini rezeki Allah,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai komen netizen terhadap lagu tersebut, Aisha berkata dia menerima segala pandangan dengan hati terbuka kerana menganggap ia sebagai hak pendengar.

Menurutnya, sebagai anak seni yang sudah tujuh tahun berada dalam industri, kritikan adalah perkara biasa yang perlu diterima secara positif.

“Apabila kita melancarkan satu lagu, mereka bebas memberi pendapat. Dan bagi Aisha selama tujuh tahun berada dalam industri, netizen berhak untuk komen sama ada baik ataupun buruk.

“It’s their rights. Dia kiranya macam kalau kita keluarkan produk, orang tak suka makanan tu, they deserve to say they don't like the food,” jelasnya.

Tambah Aisha, dia menjadikan setiap kritikan sebagai motivasi untuk terus memperbaiki diri pada masa akan datang.

Dalam masa sama, Aisha juga meluahkan rasa gembira apabila melihat ramai dalam kalangan peminat yang membuat trend tarian tradisional seperti yang dipaparkan dalam muzik videonya.

Jelas Aisha, menerusi Jodoh Lebaran juga dia mahu mengangkat warisan budaya Melayu.

“At the same time, buat trend itu dan sebenarnya lagu ini adalah satu education kalau Aisha boleh katakan.

“Education sebab lagu ini mengangkat tradisionalisme Melayu kita. Bila Aisha release lagu ni, Aisha tengok di TikTok ramai sebenarnya boleh menari dan berjoget. Which is, to me, a very good education. Rupanya Gen Z kita ni masih berpegang dengan tingkat tradisionalisme yang tinggi.

“So Aisha ambil daripada nilai estetika sebegitulah. Sangat happy lah. Alhamdulillah,” ujarnya.

Selain konsep muzik, Aisha juga memilih pendekatan berbeza dari segi lokasi penggambaran video muzik.

Menurutnya, kebanyakan lagu raya sering menampilkan suasana rumah kampung, namun dia ingin mencuba sesuatu yang lebih segar tanpa meninggalkan identiti budaya.

“Kenapa kita tak shoot dekat rumah kampung seperti kebiasaan lagu raya ada ketupat, rendang dan pelita sebab Aisha ingin mencuba kelainan.

“Saya mahu buat eksperimen tetapi tidak melampaui batas. Sebab itu Aisha pilih Bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Central Market Kuala Lumpur sebagai lokasi penggambaran,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement