Sekilas
- Drama premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven, semakin hangat dengan teka-teki tentang pembunuhan Ahyan yang menarik perhatian ramai.
- Amerul Affendi, pelakon watak Inspektor Kamal, berkongsi petunjuk baru melalui video yang menunjukkan Yasser, Zayd dan Bahamin ketika kecil, menimbulkan spekulasi mereka sudah lama kenal.
- Good Boys Go To Heaven ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra dan boleh distrim lebih awal di Astro GO serta aplikasi Sooka.
Kehangatan drama premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven semakin terasa apabila ramai mula berteka-teki dan tidak senang duduk memikirkan siapakah pelaku dan dalang sebenar disebalik pembunuhan Ahyan.
Bukan sekadar penonton malah pelakon, Amerul Affendi yang memegang watak sebagai Inspektor Kamal dalam siri tersebut turut menambah kehangatan apabila berkongsi ‘hint’ serta petunjuk baharu buat penonton.
Terbaharu, Amerul menyorot perhatian apabipa berkongsi satu video pendek memaparkan Yasser, Zayd dan Bahamin sewaktu mereka masih kecil.
“Ini rupanya dia orang masa kecik.
“Jumpa Jumaat ni nanti gais. Motif makin jelas.! Kita rungkai bersama..
“Iblis pun asal dari syurga jugak kan?,” kongsinya.
‘Hint’ itu sekaligus membuatkan rata-rata netizen tidak menyangka bahawa ketiga-tiga mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.
Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.
Sumber: Threads