Skip to main content

Hiburan

Imbas Perkenalan Awal, JoBranko Anggap Slam Dikedudukan Istimewa - “Penghormatan Itu Memang Perlu Diberikan…”

ASTROGEMPAK JoBranko

Gitaris legenda, JoBranko yang ketika ini bermain untuk Barbarik menyifatkan Slam sebagai kumpulan istimewa dan mempunyai kedudukan istimewa terutama bagi genre pop rock tanah air.

 

JoBranko berkata dia melihat Slam sebagai antara kumpulan yang berjaya bertahan sehingga kini, selain mempunyai barisan pemuzik berbakat.

 

Ini sekali gus menjadikan pembabitannya sebagai gitaris undangan untuk Konsert The Grand Slam Unplugged 2 yang akan diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur sebagai satu momen cukup bermakna.

 

“Slam ini satu-satunya kumpulan pop rock dalam Malaysia yang bertahan sampai sekarang, jadi penghormatan itu memang perlu diberikan kepada mereka.

 

“Slam sebenarnya dianggotai pemuzik yang hebat, malah saya tahu mereka ini juga ‘rockers’ dulu-dulu. Jadi, bila Shah (gitaris Slam) ajak, saya terima dan tak ada beri ketetapan apa-apa.

 

“Pada saya, bila mereka panggil saya perlu terlibat kerana Slam ini satu kumpulan yang boleh dianggap ‘king’ pada generasi mereka dalam genre pop rock,” katanya.

 

JoBranko berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi latihan Konsert The Grand Slam Unplugged 2 bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya, Kuala Lumpur

 

Mengimbas perkenalan awal dengan anggota Slam, gitaris berusia 57 tahun itu berkata, dia sudah mengenali kumpulan berkenaan sejak mereka masih muda apabila sering hadir ke studio untuk melihat proses rakaman lagu.

 

“Mereka dulu pernah datang studio untuk tengok rakaman lagu. Masa itu mereka semua kecil-kecil lagi, malah Shah yang ketika itu bersama Exists mungkin 20 lagi (ukuran pinggang).

 

“Mereka semua sangat berbakat sejak masih kecil lagi. Kebanyakan lagu yang mereka semuanya main sendiri tanpa ‘sessionist’ (pemuzik undangan),” katanya yang teruja untuk berkongsi pentas buat pertama kali bersama Slam.

 

JoBranko atau nama sebenar, Abdul Zamin Abdul Kadir turut memuji karya Slam yang disifatkan dekat dengan pendengar, selain mengakui vokalisnya, Zamani mempunyai keistimewaan tersendiri.

 

“Lagu-lagu mereka mesra radio, malah Zamani sebagai penyanyi pun memiliki vokal yang unik dan bagus. Kalau hendak dengar dia menyanyi sumbang pun susah.

 

“Dulu (ketika era puncak Slam), populariti Zamani melebihi Amy (Search) dan Awie (Wings). Masa Zamani keluar, memang ‘jadi’. Boleh kata Slam keluar pada waktu yang tepat,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement