Sekilas
- Eyka Farhana bersyukur kerana ibunya sanggup membantu menjaga anaknya ketika dia bekerja.
- Eyka berkongsi ibunya memberi sokongan penuh supaya dia boleh bercuti dan fokus pada kerjaya tanpa risau tentang anak.
- Netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang bertuah mempunyai keluarga yang kuat sebagai sistem sokongan.
Pelakon, Eyka Farhana meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menerima sokongan penuh daripada ibunya dalam mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang ibu serta wanita berkerjaya.
Menerusi hantaran di Threads, Eyka berkongsi ibunya sanggup membantu untuk menjaga anak sementara dia keluar bekerja.
"Ibu saya kata pergilah bercuti, bekerja dan lakukan apa sahaja yang perlu saya lakukan. Mama akan jaga anak saya. "How lucky am I to have you, Mama," kongsi Eyka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka juga bertuah kerana memiliki sistem sokongan keluarga yang kuat.
“Same goes to my mum. The best mum ever!
“Same goes with my Mama. Pergi lah kak Long. Mama tolong jaga anak-anak.
“Ibu dan mertua saya pun macam ni. Tapi yang tak bagi kerjasama anak. Pantang maknya hilang dari pandangan, terus mencari.
“Ibu dan mertua saya pun macam ni. Kalau nak pergi bercuti lama, kirim saja cucu-cucu dekat mereka. Tapi saya jenis angkut semua sekali.
“Such a loving mum," komen netizen.
Terdahulu, Eyka Farhana telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang merupakan seorang bayi lelaki pada 16 Mei 2026. Bayi tersebut dilahirkan secara normal dan diberi nama Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar.
Untuk rekod, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Boathouse By The Lake, Ampang.