Skip to main content

Filem

Hargai Sokongan Luar Biasa Penonton, Razaisyam Rashid Kongsi Teaser Eksklusif Tarung: Unforgiven - “Asalnya Internal Review…”

Astro Gempak 479

Sekilas

  • Pengarah Razaisyam Rashid berkongsi teaser eksklusif filem Tarung: Unforgiven yang dirakam selepas penggambaran tamat, asalnya untuk tontonan dalaman kru dan pelakon sahaja.
  • Teaser ini belum pernah dikongsikan kepada umum dan mengandungi sedikit spoiler, jadi penonton yang belum menonton filem dinasihatkan untuk tidak menontonnya terlebih dahulu.
  • Filem Tarung: Unforgiven mula ditayangkan pada 7 Mei dan berjaya meraih kutipan RM15.7 juta selepas 11 hari tayangan di pawagam seluruh negara.

Pengarah filem Tarung: Unforgiven, Razaisyam Rashid mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video teaser eksklusif yang dirakam sebaik sahaja penggambaran filem tersebut tamat.

Menerusi satu perkongsian dalam Threads, Razaisyam berkata video berkenaan pada asalnya hanya dibuat untuk tontonan dalaman khusus buat kru produksi dan barisan pelakon yang terlibat menjayakan filem tersebut.

“14 hari Tarung: Unforgiven di pawagam. Jujurnya, sokongan yang korang bagi memang luar biasa.

“Jadi hari ini aku nak belanja satu special teaser video yang kami buat right after wrap shoot dulu,” katanya.

wefrdgf



Menurut Razaisyam, teaser tersebut sebelum ini tidak pernah dikongsikan kepada umum kerana hanya dijadikan bahan preview untuk pasukan produksi.

“Asalnya video ini memang untuk internal preview sahaja, khas untuk kru dan semua pelakon yang sama-sama berjuang jayakan filem ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia merasakan penonton juga berhak melihat video tersebut memandangkan kejayaan filem berkenaan turut disokong rakyat Malaysia.

“Tapi aku rasa korang semua pun deserve untuk tengok sebab this is our film too,” katanya.

Dalam masa sama, Razaisyam turut memberi peringatan kepada mereka yang masih belum menonton filem tersebut kerana teaser berkenaan mengandungi sedikit spoiler.

“Kalau belum tengok movie lagi, better jangan tengok dulu sebab ada spoiler sikit,” tulisnya.

Tarung: Unforgiven membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei lalu dan berjaya meraih kutipan RM15.7 juta selepas 11 hari tayangan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Advertisement