Skip to main content

Hiburan

Hantaran Penuh Emosi Nurin Lofa Buat Anak Undang Sebak Netizen - “Maafkan Mummy Sebab Salah Pilih…”

Nurin Lofa

Sekilas

  • Nurin Lofa berkongsi luahan emosi di Threads mengenai krisis rumah tangganya dan rasa bersalah terhadap anaknya, Jebat.
  • Dia mengesahkan suaminya berlaku curang dan memilih untuk menyelesaikan isu tersebut di Mahkamah Syariah.
  • Nurin berjanji akan kuat demi anaknya dan mengutamakan maruah keluarga walaupun menghadapi ujian ini.

Pempengaruh media sosial, Nurin Lofa menyorot perhatian apabila memuat naik luahan penuh emosi susulan krisis rumah tangganya menerusi platform Threads.

Menerusi ciapan yang dibuat, Nurin dilihat memuat naik beberapa foto memaparkan anaknya yang mengenakan baju berona merah sambil meluahkan rasa bersalahnya terhadap si cilik itu.

“Maafkan mummy sebab salah pilih daddy. Takdir dah tertulis, kita belajar reda sama-sama ya sayang.

“Mungkin mummy gagal jadi isteri yang baik, tapi mummy janji akan cuba jadi mummy Jebat yang paling kuat, paling sayang, dan paling ada untuk awak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nurin turut berjanji akan bangkit dari segala ujian demi untuk anak tercintanya itu.

“Kalau suatu hari awak tanya kenapa hidup tak sempurna, jawapan mummy cuma satu, sebab mummy pilih untuk bangun setiap hari demi awak.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila suami kepada Nurin didakwa telah berlaku curang bersama seorang wanita.

Nurin kemudiannya mengesahkan kecurangan suaminya dan berkata dia sebenarnya berniat untuk memuat naik segala bukti yang ada.

Namun, dia mengalah selepas suaminya merayu agar menjaga maruahnya sebagai ayah kepada anak mereka, Jebat.

Menurut Nurin, dia kini memilih untuk menyelesaikan isu rumah tangganya secara rasmi di Mahkamah Syariah.

Sumber: Threads Nurin Lofa

Must-Watch Video

Advertisement