Skip to main content

Hiburan

Haiza Hanafi Geram Tonton Good Boys Go To Heaven - "Eeeee Tak Sukaaaaa...."

Astrogempak Aina

Pelakon dan penyampai radio, Haiza Hanafi mengakui siri Good Boys Go To Heaven berjaya memberi kesan mendalam kepada emosinya sehingga membuatkan dia berasa geram dan simpati terhadap nasib watak-watak kanak-kanak dalam naskhah tersebut.

Menerusi satu hantaran di Theards, Haiza meluahkan rasa kecewa melihat segelintir watak ibu bapa yang lebih mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan kesejahteraan emosi anak-anak.

Menurut Haiza, jalan cerita yang dipaparkan membuatkan dia seolah-olah mahu masuk ke dalam televisyen untuk membantu kanak-kanak yang berdepan pelbagai konflik dan trauma.

“Menonton Good Boys Go To Heaven buat kita jadi gerammmm. Rasa nak masuk dalam TV tu tolong mereka sebab mak ayah pentingkan diri.

“Takut malu tapi trauma anak tak dipedulikan langsung. Eeeee tak sukaaaaa!!!” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon utama siri tersebut, Beto Kusyairy, turut memberikan pandangannya mengenai isu yang diketengahkan dalam drama berkenaan.

Menurut Beto, realiti yang berlaku di luar sana sebenarnya lebih menyedihkan kerana masih terdapat kanak-kanak yang berdepan situasi sama, namun memilih untuk berdiam diri.

“Realiti yang lebih menyedihkan masih ada yang seperti ni di kalangan kita. Ada juga yang simpan dek banyak termakan budi dari pemangsa,” katanya.

Terdahulu, sejak ditayangkan, GBGTH yang mengangkat kes pembunuhan berkaitan jenayah seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki menjadi topik bualan hangat netizen dalam media sosial.

Rata-rata penonton mula menjadi detektif mencari pembunuh sebenar dalam kalangan pelakon yang membintangi drama tersebut.

Selain Beto, GBGTH turut dibarisi Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Malek McCrone, Mila Mohsin dan Dai Fuad.

Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement