Sekilas
- Klinik Dr Hasbi kini bekerjasama dengan kumpulan legenda R&B, Ruffedge, untuk mempromosikan rawatan regeneratif menggunakan Mesenchymal Stem Cells (MSC) yang membantu meremajakan tisu dan merawat masalah lutut tanpa pembedahan.
- Rawatan MSC di klinik ini sesuai untuk pesakit osteoarthritis dan mereka yang aktif bersukan atau bekerja berat, dengan tiga kaedah rawatan bergantung pada tahap kecederaan.
- Klinik Dr Hasbi juga mengumumkan pembinaan Medical & Wellness Centre enam tingkat yang dijangka siap pada 2026, sambil terus memperluas perkhidmatan kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa.
Klinik Dr Hasbi terus mengukuhkan posisinya sebagai peneraju rawatan regeneratif di Malaysia apabila menjalin kerjasama rasmi bersama kumpulan legenda R&B, Ruffedge.
Kolaborasi ini bukan sekadar gandingan selebriti dan institusi perubatan, tetapi simbol bagaimana sains moden dan kisah kesihatan artis tempatan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Klinik Dr Hasbi, Datuk Dr Hasbi Harun, di klinik ini, Mesenchymal Stem Cells (MSC) menjadi teras rawatan regeneratif kerana keberkesanannya memperbaiki tisu, meremajakan sel dan memulihkan kerosakan tubuh termasuk masalah lutut.
"MSC menawarkan kaedah penyembuhan semula jadi dengan masa rehat minimum tanpa pembedahan.
“Selain rawatan wajah dan kulit, MSC turut digunakan untuk meremajakan tulang rawan lutut, membantu pesakit osteoarthritis kembali bergerak aktif tanpa kesakitan,” jelas beliau.

Dr Hasbi menegaskan sakit lutut bukan hanya dialami warga emas, tetapi juga mereka yang aktif bersukan, bekerja berat atau pernah mengalami kecederaan.
"Rawatan lutut melibatkan tiga kaedah bergantung pada tahap kecederaan, termasuk suntikan gel, kolagen dan stem cell. Rawatan lutut ini jangan tunggu dah teruk baru nak datang buat rawatan,” pesannya.
Sebelum memfokuskan kepada perubatan regeneratif, Klinik Dr Hasbi dikenali sebagai pakar khatan moden menerusi inovasi Dr B Clamp. Kini, dengan misi memperkasa kesihatan jangka panjang, klinik ini bergerak lebih jauh menyediakan rawatan selamat, halal dan audit ready.
Langkah strategik bersama Ruffedge menjadi kelebihan besar kerana kumpulan itu membawa nilai persahabatan, disiplin dan inspirasi yang selari dengan visi klinik.
“Pemilihan Ruffedge bukan sekadar kerana populariti mereka... tetapi kerana nilai mereka selari dengan mesej kesihatan yang kami ingin sampaikan,” kata Dr Hasbi.

Vokalis Ruffedge, Azan, berkongsi pengalaman peribadi apabila mula berdepan osteoarthritis pada usia 41 tahun.
“Dahulu saya ambil ringan bila sakit lutut... rupanya osteoarthritis. Gel lutut sudah berkurangan dan tulang bergesel,” katanya.
Rawatan stem cell di Klinik Dr Hasbi menjadi ikhtiar terbaik demi keluarga dan kerjaya.
Melalui MoU ini, setiap anggota Ruffedge akan menerima rawatan regeneratif mengikut keperluan masing-masing termasuk kecederaan sukan dan degenerasi tisu akibat usia.
“Dulu masa muda, cedera pun cepat baik. Sekarang apabila umur meningkat, proses pemulihan semakin perlahan. Stem cell membantu kami kembali cergas,” tambah salah seorang ahli.
Majlis menandatangani MoU disempurnakan oleh Datuk Dr Hasbi Harun bersama Ketua Pegawai Operasi, Datin Hajah Adibah Karimah Abdul Majid serta semua anggota Ruffedge iaitu Azan, Sein, Syed Mohammad, Zain dan Catt Farish.
Dengan permintaan rawatan yang semakin meningkat, Dr Hasbi turut mengumumkan pembinaan Medical & Wellness Centre enam tingkat yang dijangka siap pada 2026.
“Kos pembinaannya mungkin mencecah antara 6 hingga 10 juta… pelanggan kami juga datang dari Hong Kong dan Singapura," ujarnya.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan, Klinik Dr Hasbi terletak di Bandar Puteri, Puchong atau boleh menghubungi 0358823894.