Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12 RECAP: Mendua, Mark Adam Dapat Geprek, Rahmat Ekamatra Tersingkir, Jom Semak Kedudukan & Markah Minggu Ketujuh

Gegar Vaganza 12

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra terpaksa akur dengan keputusan selepas diumumkan sebagai peserta tersingkir. 

Menyanyikan lagu Hakikat Sebuah Cinta nyanyian asal Rahmat hanya berjaya memperoleh markah sebanyak 59.9 peratus daripada juri tetap. 

Sementara itu, Mendua pula sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama dengan memperoleh markah sebanyak 74 peratus. 

Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu ketujuh:

Ruri Repvblik:  Jangan Ada Dusta Di Antara Kita

Datuk Ramli M.S: Saya sangat orang open minded, kamu orang muda saya tak nak kamu nyanyi macam asli. Bila kamu dendang gaya muda saya okay tapi teknikal itu perlu jaga. 

Ada beberapa part kamu boleh ambil yang arrangement lama, nanti kamu tunggulah. Teknikal kamu ada peningkatan. 

Datuk Syafinaz Selamat:  Setiap minggu ada wanita teman persembahan, tapi mereka di anak tirikan. Mereka diberikan kepada anda sebagai prop tapi perlu komunikasi untuk cantikkan persembahan kamu. 


Mel Sakura: Satu Detik 

Hetty Koes Endang: Lagu ini perlu lebih gedik, vokal kamu agak terganggu selepas kamu bergerak. Perlu ada perubahan untuk setiap part dan ia perlu lebih karakter gedik itu. 

Tapi untuk blocking panggung kamu sangat bagus.


Krisya: Sembilu 

Datuk Syafinaz Selamat: Bila awak menyanyi saya perasan awak banyak tutup mata, bukan tak boleh tapi perlu ada komunikasi dengan penonton. Walaupun awak ada masalah tapi persembahan hari ini masih kemas. Saya doakan awak sihat.


Freshies: Because You Loved Me

Datuk Ramli M.S: Perlu ada connection dengan kanak-kanak itu tapi kamu (Nona) improve. Kamu kena belajar untuk tidak bazirkan pasangan anda. Menyanyi kena belajar lagi untuk jaga pasangan anda. 


Iskandar Ismail: Hanya Segenggam Setia

Hetty Koes Endang: Apa yang kamu sampaikan sangat bagus, sebab bunyi seperti bercerita. Saya sangat suka tone kamu. Kalau menurut saya kamu sukses malam ini. 

Datuk Syafinaz Selamat: Balik kena tengok video kamu nyanyi, tengok bahagian tengkuk. Sebab takut tengok nanti kita borak tepi. 

Rahmat Ekamatra: Hakikat Sebuah Cinta

Saya nampak ada cobaan hari ini. Dan persembahan hari ini nampak peningkatan, best. Tapi saya nak cabar untuk dia buat lebih lagi daripada ini. 


Mark Adam: Mambo No. 5

Datuk Ramli M.S: Bila nak dapat RM5,000 ni? (sebab Datuk tak kasi lagi) Malam ini best. 

Hetty Koes Endang: Malam ini saya bagi geprek.


Shae: Uninvited

Hetty Koes Endang: Terus terang saya tak tahu suara asli kamu macam mana, sebab selalu nyanyian kamu ada karakter. Menurut saya masa part akhir itu suara kamu. Saya memang mencari suara asli kamu. Jangan sembunyikan suara kamu. 


Nubhan: Niat Hati Tak Nak Berpisah

Datuk Syazfinaz Selamat: Persembahan ini based on the real story ke? Sebab emosi sangat bagus sebab kita kena connect dengan cerita supaya kita boleh mendalami perasaan itu. Dan kamu berjaya menyampaikan perasaan itu. Bila kita dengar orang bercerita saya nak fahami cerita itu.


Mendua: Bila Resah 

Datuk Ramli M.S: Hari ini semua okay, saya sangat happy dengan semua peserta sebab ada peningkatan. Tapi kamu semua bagus. 

Hetty Koes Endang: Geprek untuk kamu bertiga. 
 

Berikut adalah keputusan penuh peserta GV12 mengikut ranking:

 

Must-Watch Video

Advertisement