Skip to main content

Selebriti

The Furious: Zul Ariffin Sanggup Diet Ekstrem Demi Watak Firdaus, Berjaya Hilang 23.5 Kg - “17 Hari Pertama Tak Makan, Hanya Minum, Tidur…”

Zul Ariffin diet extreme

Sekilas

  • Zul Ariffin menjalani diet ekstrem dengan hanya minum air selama 17 hari untuk menurunkan 10 kilogram demi watak petinju dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.
  • Secara keseluruhan, Zul berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23.5 kilogram dari 103 kilogram ke 79.4 kilogram bagi menjayakan watak Firdaus.
  • Filem arahan Heng Aik Siong ini mengisahkan dua beradik yang bersatu semula selepas maruah keluarga mereka tercalar dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 Mei 2026.

Pelakon, Zul Ariffin sanggup menjalani rutin diet ekstrem demi menjayakan watak yang dibawakan dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.

Menurut Zul, watak Firdaus memerlukannya untuk kelihatan fit selain mempunyai bentuk badan yang ideal sebagai seorang petinju.

Malah kata Zul, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram sepanjang 17 hari pertama hanya dengan bergantung kepada air tanpa mengambil sebarang makanan.

“Pada 17 hari pertama, saya tidak makan langsung. Saya berjaya turun 10 kilogram. Saya hanya minum, telan air liur, marah dan tidur. Rasanya seperti tiada kehidupan.

“Namun, takkanlah saya nak nampak buruk ketika di set nanti. Padahal, saya sendiri yang beriya minta penerbit pilih saya untuk bawakan watak ini,” ujarnya.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan gala filem The Furious: Pertarungan Maruah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zul berkata berat badannya juga berjaya dikurangkan sebanyak 23.5 kilogram.

“Jadi, saya tolak tepi keinginan nak makan. Tak payah nak kira kalori sangat. Ketika itu, badan saya agak besar. Pinggang saya daripada saiz 36 turun ke 31.

“Ketika saya berlakon filem Tombiruo pada 2016, saya turun dalam 12 kilogram (KG). Untuk filem ini saya berjaya turun 23.5KG. Berat asal saya 103 kilogram, kini jadi 79.4KG,” ujarnya.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan sebuah filem arahan Heng Aik Siong yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

The Furious: Pertaruhan Maruah dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement