Skip to main content

Hiburan

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia, YouTube & Pekerja Muzium Tampil Mohon Maaf - “Kami Tak Ada Niat…”

Upin & Ipin

Sekilas

  • YouTuber Indonesia Frans Sanjaya dan pekerja muzium Sadan memohon maaf atas kenyataan salah mengenai hak cipta siri animasi Upin & Ipin yang menimbulkan kekeliruan.
  • Mereka mengakui kesilapan dan menegaskan tiada niat untuk merendahkan sesiapa serta menyeru keamanan antara Malaysia dan Indonesia.
  • Les’ Copaque menegaskan Upin & Ipin adalah karya asli mereka sejak diterbitkan pada 2007 dan terkenal di seluruh Asia Tenggara.

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja di sebuah muzium di Indonesia yang dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf atas kenyataan mereka mengenai siri animasi Upin & Ipin yang telah menimbulkan kekeliruan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di YouTube, Frans dan Sadan mengakui kekhilafan yang dilakukan kerana telah mengeluarkan kenyataan yang tidak betul mengenai siri animasi keluaran Les’ Copaque itu.

“Kami ingin memohon maaf sebesar-besarnya  kepada rakyat Malaysia dan Indonesia atas salah faham dan kekeliruan yang sudah kami timbulkan.

“Kami ambil maklum dengan komen yang telah dikeluarkan dan mengakui kekhilafan kami. Kami sama sekali tidak berniat untuk ‘claim’ atau merendahkan sesiapa.

“Kami harap kesalahan kami itu dimaafkan dan marilah kita berdamai. Indonesia dan Malaysia adalah serumpun dan jiran,” luah mereka.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Frans ketika berkunjung di Muzium Wayang, Indonesia bersama seorang pekerja bernama Sadan.

Apa yang menyorot perhatian, Sadan mendakwa hak cipta bagi karakter Upin & Ipin yang asalnya bernama Ariffin itu telah dibeli sebuah syarikat produksi Malaysia pada 2008.

Perkongsian tular itu kemudiannya mendapat respon daripada Les’ Copaque yang menegaskan bahawa siri animasi Upin & Ipin merupakan karya asli milik mereka sepenuhnya.

Untuk rekod, Upin & Ipin mula diterbitkan pada tahun 2007 dan sehingga kini berjaya mencipta fenomena di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Sumber: YouTube

Anda mungkin berminat dengan

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

STICKER BENDERA MALAYSIA PALESTINE THAILAND SABAH KELANTAN SELANGOR JOHOR PERLIS KEDAH PERAK PAHANG

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

【RAYA SALE】PlayStation 5 Pro PS5 Pro Advanced Ray Tracing & AI Upscaling (2TB)

【RAYA SALE】PlayStation 5 Pro PS5 Pro Advanced Ray Tracing & AI Upscaling (2TB)

Advertisement