Sekilas
- Mira Filzah menjelaskan dia tidak pernah terfikir untuk menyahaktifkan akaun Threads walaupun ada dakwaan dia sombong.
- Dia menggunakan Threads hanya untuk mendapatkan maklumat tertentu dan tidak melayarinya setiap hari seperti Instagram.
- Mira memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan sombong dan menganggap isu itu sudah lama dan perlu dilupakan.
Pelakon, Mira Filzah memaklumkan dirinya tidak pernah terfikir untuk menyahaktifkan akaun Threads susulan dakwaan segelintir pihak yang melabel dirinya sebagai seorang selebriti yang sombong.
Menurut pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman ini, dia jarang sekali menggunakan platform itu kecuali untuk mendapatkan maklumat berkenaan sesuautu perkara.
Disebabkan itu, dia tidak merasakan adalah satu kewajaran untuknya tidak lagi menggunakan platform tersebut.
“Saya gunakan Threads kalau ada persoalan contohnya mengenai sinus atau tips bercuti kerana platform itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat yang baik.
“Tapi saya tak buka setiap hari, saya hanya buka sesekali saja, bukan macam saya layari instagram.
“Kita berada di zaman di mana media sosial adalah satu kepentingan kepada semua
orang, khususnya untuk orang seperti saya, pencipta kandungan, KOL dan juga talent kerana itu adalah profil dan platform penting untuk kami.
“Jadi dia bergantung kepada individu itu macam mana nak mengawal apa yang kita tunjukkan dan apa yang kita simpan untuk kita menjaga privasi,” katanya kepada Gempak.
Mira berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis ulang tahun ke-10 jenama Cakenis bertempat di The Starhill, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ditanya mengenai dakwaan dirinya yang dikatakan sombong, Mira walau bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Ujarnya pelakon Pujaan Hati Kanda itu, dia tidak lagi mahu membangkitkan isu yang disifatkan sudah lama.
“Saya minta maaf sangat. Saya ada alasan tersendiri dan tak ingin ulas lagi isu itu.
“Apa-apa yang berkaitan Threads atau sombong kita ‘skip’, kerana benda itu dah lepas,” katanya lagi.
Terahulu, nama Mira rancak dibincangkan di platform Threads apabila didakwa sebagai artis paling sombong kerana enggan melayan peminat.