Skip to main content

Filem

Fleak Curi Perhatian Peminat Antarabangsa, Penonton Akui Jalan Cerita Menyentuh Hati

Astrogempak FLEAK

Sekilas

  • Filem animasi Fleak telah dipersembahkan di beberapa festival antarabangsa seperti Annecy, Australia, dan Korea Selatan dengan sambutan yang sangat memberangsangkan.
  • Fleak berjaya menembusi pasaran global dan akan ditayangkan di pelbagai negara termasuk Sepanyol, Perancis, Brazil, dan banyak lagi.
  • Malaysia menjadi antara negara Asia terawal menayangkan Fleak dalam bahasa asalnya, dengan tayangan rasmi bermula 21 Mei ini.

Filem animasi, Fleak telah dipersembahkan di beberapa festival antarabangsa termasuk Annecy International Animation Film Festival (Perancis), Children’s International Film Festival (Australia), serta Busan International Kids and Youth Film Festival (Korea Selatan).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Anima Vitae Point, Yuki Pang, sambutan yang diterima terhadap filem berkenaan sangat memberangsangkan dan menyentuh hati ramai penonton.

“Filem ini diterima sangat-sangat bagus. Masa di festival animasi, saya nampak pawagam dekat sana penuh.

“Kami juga menerima banyak feedback daripada mereka yang menonton dan datang beritahu bahawa cerita ini sangat menyentuh hati mereka,” katanya.

Fleak turut berjaya menembusi pelbagai pasaran antarabangsa menerusi beberapa perjanjian pengedaran global.

Antara negara yang bakal menayangkan filem tersebut termasuk Sepanyol, Perancis, Brazil, Türkiye, Denmark, Maghribi, Norway, Tunisia, Sweden dan Poland.

Filem ini diterbitkan oleh Anima Vitae Point bersama Anima Vitae, Animoon dan Godo Films.

Dalam masa sama, Astro Shaw turut terlibat sebagai rakan pemasaran dan pengedaran rasmi filem itu di Malaysia.

Lebih menarik, Malaysia menjadi antara negara Asia terawal menayangkan FLEAK dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Inggeris, lebih awal berbanding tayangan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Kejayaan tersebut sekaligus membuktikan karya animasi tempatan kini semakin mendapat tempat di pentas antarabangsa dan mampu bersaing dengan produksi global lain.

Fleak mengisahkan tentang keberanian, kehilangan dan penerimaan diri dalam sebuah dunia penuh keajaiban.

Namun, di sebalik pengembaraan tersebut, cabaran sebenar adalah untuk menghadapi dan menerima diri sendiri.

Nantikan filem Fleak yang akan berada di pawagam bermula 21 Mei hadapan.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement