Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Beri Pesanan, Sentiasa Bersangka Baik & Jangan Suka Cari Salah Orang - “Kalau Tak Kita Akan Jadi Mudah Terasa, Sensitif Tak Kena Tempat”

Fazley Yaakob beri nasihat

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menasihatkan supaya sentiasa bersangka baik dan berbuat baik walaupun dalam keadaan tekanan emosi.
  • Fazley mengingatkan supaya elakkan mengadu domba dan mencari salah orang untuk hidup lebih tenang dan kurang stres.
  • Fazley juga menegur sikap terlalu sensitif yang boleh menjejaskan hubungan dan persepsi terhadap situasi sekeliling.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pesanan tentang kepentingan menjaga sikap dan emosi dalam kehidupan seharian.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazley berkata setiap individu perlu sentiasa berusaha untuk bersangka baik terhadap orang lain walaupun sedang berdepan dengan situasi sukar atau tekanan emosi.

“Dalam hidup kita perlu sentiasa bersangka baik, buat baik pada orang walaupun kita tengah susah hati.

“Jangan suka mengadu domba perihal orang lain dan yang paling penting jangan gemar mencari salah orang supaya kita hidup tenang dan tak mudah stress,” titipnya.


 

Dalam pada itu, Fazley juga turut mengingatkan bahawa sikap terlalu sensitif tanpa sebab munasabah boleh menjejaskan hubungan dan persepsi terhadap situasi sekeliling.

“Kalau tak, kita akan jadi mudah terasa dengan semua benda, sensitif tak kena tempat. Orang tengah cakap pasal nak goreng cekodok, dia ingat kita tengah cakap pasal warna lipstik dia yang merah sangat!” coretnya.

Sumber: Threads @fazleyyaakob

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Must-Watch Video

Advertisement