Skip to main content

Hiburan

Dicerai Talak 3, Shindy Samuel Dakwa Suami Beri Nafkah Batin 9 Bulan Sekali & Dipanggil Badak

Astrogempak pelakon

Sekilas

  • Shindy Samuel, pempengaruh dan usahawan Indonesia, bercerai dengan suami selepas tujuh tahun berkahwin dan berkongsi pengalaman pahit sepanjang perkahwinan mereka di media sosial.
  • Shindy mendedahkan dia sering dihina kerana bentuk badan, menerima nafkah harian hanya sekitar RM7, dan pernah diludah serta ditalak tiga oleh suaminya.
  • Akibat tekanan dan layanan buruk itu, Shindy mengalami masalah kesihatan mental selama enam tahun dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar.

Pempengaruh dan usahawan Indonesia, Shindy Samuel bercerai dengan suami, Rendy Samuel selepas tujuh tahun berkahwin. Perceraian mereka sempat mengejutkan peminat kerana pasangan ini selalu terlihat mesra di media sosial.

Selepas bercerai, pempengaruh itu menggunakan platform media sosial untuk berkongsi ‘kisah gelap’ tentang kehidupannya selama menjadi isteri Rendy.

Menurut Shindy yang pernah memiliki berat badan sehingga 178 kilogram sebelum melakukan pembedahan bariatrik, dia bukan hanya kerap dihina kerana bentuk badan oleh suami, malah turut menerima wang harian hanya sekitar RM7.

Lebih teruk, dia juga pernah diludah lelaki tersebut sebelum dijatuhkan talak tiga.

“Saya sudah ditalak tiga, bukan satu,” katanya seperti dilaporkan InsertLive.

Shindy yang juga mesra disapa Bunda dalam kalangan pengikutnya kemudian meminta maaf kepada bekas suami kerana tidak pandai menjaga berat dan bentuk badan.

“Saya minta maaf walaupun sudah berusaha tapi gagal menjaga berat badan, Saya tidak dapat penuhi nafkah batin juga, minta maaf,” katanya lagi.

Wanita itu melanjutkan: “Saya ingat lagi, selepas melahirkan anak, suami pernah cakap akan mencintai saya apa adanya. Jujur, saya jarang dapat nafkah batin dari suami, sembilan bulan sekali. Terakhir, kami bersama lebih setahun lalu.

“Adakah saya pernah bersuara? Itu belum lagi nafkah harian. Pada awalnya semua okay tapi saya pernah diberi hanya RM7 sehari padahal waktu itu sedang hamil.”

Dia juga mendakwa di atas semua perlakuan kurang baik Rendy terhadapnya, dia sampai mengalami masalah gangguan kesihatan mental.

“Saya sakit hati, saya alami mental selama enam tahun dan harus makan ubat serta dapatkan rawatan pakar.

“Saya dipanggil badut dan badak,” luahnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Must-Watch Video

Advertisement