Skip to main content

Hiburan

Faizal Hussein Kongsi Proses Pasang Janggut Walid - “Perkara Paling Susah Semasa Penggambaraan Adalah Pasang Janggut…”

Astro Gempak 255

Sekilas

  • Faizal Hussein berkongsi pengalaman memakan masa 45 minit untuk pasang janggut watak Wali dalam siri Bidaah, menggunakan teknik lapisan demi lapisan dengan rambut dan gam.
  • Proses pemasangan janggut berjaya dipendekkan kepada 35-40 minit selepas beberapa hari penggambaran apabila pasukan produksi semakin mahir.
  • Siri Viu Original Walid (Heaven’s Reign) 12 episod akan ditayangkan mulai 26 Februari 2026, menampilkan kembali pencipta dan pengarah yang sama dari Bidaah.

Pelakon senior, Faizal Hussein berkongsi pengalaman sepanjang menjayakan watak Walid dalam siri Bidaah khususnya melibatkan proses pemasangan janggut khas. 

Menurut Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Hussein, 58,  bagi mendapatkan rupa asal dengan kemasan yang rapi termasuk proses trimming, keseluruhan proses memasang janggut ‘Walid’ memakan masa sekitar 45 minit.

“Itulah masalahnya. Tiap-tiap hari perkara yang susah semasa penggambaran adalah untuk nak pasang janggut Walid ni. Pada hari pertama siri dulu, kita ambil masa empat puluh lima minit untuk pasang janggut itu saja.

“Sebab ia dipasang lapisan demi lapisan (layer by layer). Ia guna rambut yang ditampal dengan gam,” katanya.

Bagaimanapun, menjelang hari-hari terakhir penggambaran, tempoh tersebut berjaya dikurangkan kepada sekitar 35 hingga 40 minit apabila pasukan produksi semakin mahir dengan teknik pemasangan.

Walaupun mengambil masa yang panjang, Faizal menganggap proses itu sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam menghidupkan karakter dengan lebih realistik dan meyakinkan di layar kaca.

Mengikuti kejayaan besar Bidaah tahun lalu, siri siri Viu Original Walid (Heaven’s Reign) 12 episod terbitan Rumah Karya Citra itu ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman berkenaan bermula 26 Februari 2026.

Siri tersebut turut menggabungkan semula pencipta dan penulis skrip Erma Fatima serta pengarah Pali Yahya yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi Bidaah.

Anda mungkin berminat dengan

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Must-Watch Video

Advertisement