Sekilas
- Ernie Zakri mengakui dia mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming dan menganggap dirinya sebagai pelajar personaliti media sosial itu.
- Resipi Khairul Aming membantu Ernie menjadi lebih aktif di dapur dan dia telah mencuba pelbagai jenis resipi dengan jayanya.
- Ernie tidak mencuba puding karamel kerana menganggapnya sukar, manakala Khairul Aming dikenali sebagai pencipta kandungan dan usahawan berjaya terutama sepanjang Ramadan.
Penyanyi, Ernie Zakri mengakui dia juga tidak ketinggalan mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming dan menyifatkan dirinya sebagai salah seorang pelajar personaliti media sosial terkenal itu.
Menurut Ernie, resipi daripada Khairul Aming banyak membantu dari segi penyediaan hidangan selain berjaya membuatkan dirinya kembali aktif di dapur.
“Tahun ini saya agak aktif kerana saya juga merupakan student Khairul Aming, jadi tahun ini saya memang betul betul nekad.
“Nekad untuk memastikan resipi yang saya belajar itu berjaya. Jadi saya sangat aktif didapur, alhamdulillah saya cuba,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ernie lagi, sepanjang tempoh tersebut dia sudah mencuba pelbagai jenis resipi dan kebanyakannya berjaya disiapkan dengan baik.
“Saya memang cuba banyak resipi tetapi saya tak boleh sebut resipi mana paling cemerlang sebab pada saya semua yang saya buat cemerlang.
“Kecuali puding karamel, yang itu saya tak cuba sebab itu memang sukar untuk saya,” ujarnya.
Untuk info, Khairul Aming sememangnya dikenali sebagai figura yang konsisten menghasilkan kandungan berkualiti, khususnya sepanjang bulan Ramadan, sekali gus mengukuhkan jenama peribadinya sebagai pencipta kandungan dan usahawan berjaya.