Skip to main content

Hiburan

Ejen Hartanah Nak Jual Tanah Belakang Rembayung Dengan Harga RM1.9 Juta, Netizen Suggest Pembeli Buat Tapak Parkir

Rembayung

Sekilas

  • Restoran Rembayung milik pempengaruh Khairul Aming kini jadi bualan netizen walaupun belum dibuka sepenuhnya.
  • Isu tempat parkir terhad menjadi perhatian kerana lokasi restoran terletak di kawasan tumpuan ramai.
  • Tanah seluas 4,865 kaki persegi di belakang restoran ditawarkan untuk dijual pada harga RM1.9 juta, berpotensi dijadikan kawasan parkir tambahan atau komersial.

Walaupun belum dibuka sepenuhnya, restoran pemilik pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming iaitu Rembayung menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Antara yang menjadi perbualan adalah mengenai tempat parkir kereta yang terhad memandangkan lokasi tersebut merupakan kawasan tumpuan orang ramai.

Terbaharu, tular satu perkongsian dibuat seorang wanita dikenali sebagai Teha Rosli yang memaklumkan bahawa terdapat sebidang tanah berada betul-betul di belakang bangunan Rembayung yang kini sedia untuk dijual.

Menurut Teha, kawasan yang berkeluasan 4,865 kaki persegi itu berstatus Pegangan Bebas Rizab Melayu itu ditawarkan dengan harga RM1.9 juta.

“Dalam pada kita sibuk dengan restoran Rembayung, rupanya tanah yang saya nak jual ini di belakang Rembayung sahaja. Sedia untuk dijual dengan harga RM1.9 juta.

“Peluang keemasan lah nak buat tempat komersial seperti kedia makanan segera, sewaan parkir pun boleh,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet berpendapat tanah tersebut berpotensi untuk diambil alih dan dibangunkan sebagai kawasan parkir tambahan sekali gus membantu memudahkan urusan bakal pelanggan restoran Rembayung untuk mendapatkan parkir.

Sumber: Facebook

Must-Watch Video

Advertisement