Skip to main content

Indonesia

Didakwa Nikah Esok, Virgoun Tayang Wajah Bakal Isteri

Astro Gempak virgoun nikah

Sekilas

  • Penyanyi Virgoun dijangka akan berkahwin dengan pelakon sinetron Lindi Fitriyana pada 26 Februari 2026 berdasarkan kad undangan yang tersebar di media sosial.
  • Virgoun tidak mengesahkan perkahwinan tersebut secara langsung tetapi membalas bocoran itu dengan memuat naik foto mesra dan sindiran di Insta Storynya.
  • Kantor Urusan Agama Kelapa Dua mengesahkan telah menerima surat izin nikah pasangan itu, namun lokasi majlis masih belum diketahui.

Penyanyi Virgoun didakwa bakal menamatkan zaman dudanya bersama pelakon sinetron Lindi Fitriyana pada 26 Februari 2026.

Khabar pernikahan Virgoun pertama kali bocor selepas kad undangan perkahwinannya tersebar di media sosial. Menerusi informasi yang tertulis pada kad undangan, tertulis tarikh pasangan itu akan berkahwin pada  26 Februari atau esok.

Meski tidak mengesahkan bakal menikahi Lindi, bekas suami Inara Rusli itu ‘membalas’ kisah perkahwinannya yang ‘bocor’ dengan mempamerkan foto mesra bersama dan melepaskan sindiran di Insta Storynya.

“Siapapun yang bocorkan ke media, saya doa panjang umur, yang panjaaaaaaaaaaaang.

“Jadi nanti masa kiamat orang-orang ada mati dia hidup terus sambil melihat sekeliling,” tulisnya seperti dilaporkan Kompas.

Sementara itu, pihak Kantor Urusan Agama (KUA) Kelapa Dua, Tangerang mengesahkan sudah menerima surat izin nikah daripada pasangan tersebut namun tidak tahu lokasi majlis akan berlangsung.

Virgoun sebelum ini bercerai dengan Inara pada tahun 2023 selepas didakwa curang dan melakukan zina. Sejak bercerai hubungan keduanya sentiasa tegang termasuk saat ini sedang bergelut denga isu anak.

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

Must-Watch Video

Advertisement