Skip to main content

Hiburan

Diana Danielle Anggap Muhammad Masih Muda Untuk Aktif Dalam Dunia Seni - “Saya Rasa Dia Nak Ikut Jejak Langkah Bapanya”

ASTROGEMPAK Diana Danielle

Sekilas

  • Diana Danielle rasa berat nak benarkan anak lelakinya, Muhammad, aktif dalam dunia seni sebab risau dia terpengaruh perkara tak baik dan masih muda.
  • Diana hanya setuju Muhammad berlakon dalam projek yang tak ambil masa lama dan tak ganggu waktu sekolahnya.
  • Muhammad berminat nak ikut jejak bapanya, Farid Kamil, dalam bidang lakonan dan Diana beri peluang masa cuti sekolah je.

Pelakon Diana Danielle mengakui dia berasa berat untuk membenarkan anak lelakinya iaitu Muhammad untuk aktif dalam dunia seni.

 

Menurut Diana, dia berasa bimbang jika anaknya terpengaruh dengan perkara tidak baik memandangkan usianya terlalu muda dan masih bersekolah. 

 

“Saya berbelah bagi sebab saya rasa dia masih seperti tepung yang belum jadi roti lagi. Kita belum siap uli lagi… belum matang lagi. 

 

“Dalam industri ini kalau belum matang dan masuk terus, bimbang cepat terpengaruh perkara tidak baik. Industri ini macam-macam orang kita jumpa, itu yang buat saya rasa berat. 

 

“Bila dia dah satu umur, dah dewasa, dia nak berkecimpung dalam bidang apa pun terpulang pada dirinya. Tapi untuk dia nak berlakon dari siang ke malam, dengan sekolah ntah ke mana tu, itu yang saya rasa susah sikit. 

 

“Macam saya dulu, saya kena buat… saya. kena cari duit sendiri. Bila keadaan memaksa, kita buat apa yang kita perlu buat walaupun bawah umur. Sebab itu saya cuba pujuk dia,” katanya kepada Gempak.

 

Bagaimanapun Diana memberitahu dia hanya akan membenarkan Muhammad berlakon dalam naskhah yang tidak memgambil masa panjang dan tidak mengganggu waktu persekolahannya. 

 

Kata Diana, Muhammad berminat untuk masuk dunia lakonan kerana ingin mengikuti jejak langkah bapanya yang juga aktor Farid Kamil. 

 

“Mungkin saya boleh bagi dia buat waktu dia cuti sekolah yang panjang, episod pendek atau movie yang tak ambil masa lama. Saya bagi la dia rasa gian nak berlakon. 

 

“Saya rasa dia nak ikut jejak bapanya. Dia memang tiap kali tengok filem bapanya terutama aksi, dia rasa seronok. Walaupun sebenarnya benda itu susah. 

 

“Dia nampak hala tuju. Mungkin kalau keluarga buat bisnes, anak-anak ikut. Sama juga keluarga seni, dia pun nak ikut,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement