Skip to main content

Hiburan

“Dia Memang Boleh Dibuat Suami” – Diana Danielle

Astro Gempak 566

Sekilas

  • Pelakon Diana Danielle mengakui kekasihnya, Bern, sangat menyokong kerjaya dan kehidupan hariannya dengan memberi pandangan matang dan bernas.
  • Bern tidak mencampuri urusan peribadi secara berlebihan tetapi sentiasa membantu Diana membuat keputusan dengan cara yang positif.
  • Diana mengesahkan hubungan mereka semakin serius dan berpotensi ke arah perkahwinan, dengan kekasihnya dianggap sebagai calon suami yang baik.

Pelakon Diana Danielle mengakui kekasihnya kini merupakan individu yang sangat menyokong perjalanan kerjaya serta kehidupan hariannya.

Menurut Diana, dia sering mendapatkan pandangan lelaki yang dikenali sebagai Bern itu dalam pelbagai perkara termasuk melibatkan keputusan berkaitan kerjaya kerana menghormati cara pemikirannya yang disifatkan matang dan bernas.

“Partner saya memang sangat supportive dan dia ambil berat. Dia pastikan semuanya teratur.

“Saya memang banyak minta pandangan dia tentang apa yang saya patut buat dan sebagainya.

“Dia sangat terlibat dengan kerja saya dan juga keputusan harian saya, tetapi dalam keadaan yang positif,” katanya.

Diana berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen bagi platform telekesihatan berlesen, OVA yang turut menampilkan penyanyi Siti Nordiana dan Shila Amzah.

Bagaimanapun, Diana menjelaskan kekasihnya tidak pernah mencampuri urusan peribadi secara berlebihan, sebaliknya sekadar memberi pandangan yang membantu.

“Bukanlah dia cuba nak masuk campur ke apa, tidak. Tapi saya hormat cara fikiran dia dan saya suka cara dia berfikir.

“Kalau saya nak buat satu keputusan, saya suka tanya pendapat dia sebab saya rasa pandangan dia bernas.

“Kadang-kadang bila saya buntu dan tak tahu apa yang perlu dibuat, saya akan tanya dia. Solusi yang diberikan selalunya memang baik,” ujarnya.

Dalam masa sama, pelakon berusia 34 tahun itu turut mengakui hubungan mereka sememangnya menuju ke arah yang lebih serius termasuk soal perkahwinan.

“Insya-Allah, memang ke arah itu (berkahwin). Cuma nak kata bila, saya betul-betul tak pasti lagi.

“Tapi saya rasa dia memang seorang yang boleh dibuat suami,” katanya.

Ditanya perkara yang membuatkan dia tertarik dengan lelaki berkenaan, Diana berkata sifat prihatin dan cara pemikirannya menjadi antara faktor utama.

“Apa yang saya suka tentang dia? Dia ambil berat. Dia ambil berat tentang semua benda, bukan hanya tentang saya.

“Dia seorang yang sangat curious dan critical-minded. Saya fikir satu, dia fikir sepuluh.

“Dia membantu saya untuk berfikir dengan lebih mendalam dan lebih baik.

“Saya suka dia sebagai seorang pemikir dan seseorang yang memang akan jaga setiap benda dalam hidup saya,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement