Sekilas
- Penyampai Radio ERA, Radin, telah selamat bergelar suami kepada Nur Amirah Shamsulbahrin dalam majlis pernikahan di Ukay Hills.
- Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat sahaja.
- Pasangan pengantin dan tetamu hadir mengenakan pakaian rona putih mengikut tema majlis.
Penyampai Radio ERA, Radin, selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Amirah Shamsulbahrin , dengan sekali lafaz di Ukay Hills - Private Event Estate & Lifestyle Suites.
Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Radin atau nama lengkapnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani telah memberi wang tunai bernilai RM15,020.26 sebagai mas kahwin.
Pasangan dua sejoli serta tetamu yang hadir mengenakan pakaian rona putih sempena tema majlis pernikahan tersebut.