Skip to main content

Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Isha Norsham Sah Bergelar Isteri Kepada Anak VVIP

Isha Norsham

Pengacara dan penyampai radio Era, Isha Norsham selamat bergelar isteri kepada Azman Azeez dengan sekali lafaz di Hyatt place Bukit Jalil, pada Jumaat. 
 

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Norsham Aziz dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
 

Advertisement

Isha atau nama sebenarnya Nurul Farisha Norsham,29 menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas daripada pihak lelaki.


 

Pengacara Gempak Most Wanted (GMW) itu memilih tema putih dan busana rekaan  Farrarahim Attelier untuk majlis akad nikahnya itu. 

Malah Azman serta tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian rona putih sempena majlis pernikahan 

Terdahulu, Isha Norsham selamat mengikat tali pertunangan dengan Azman dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pada 3 Mei 2025.

Must-Watch Video

Advertisement